My bookmarksSign up free
← Langkawi International Yachting Companies Act 2005

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 81

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 81

s 81 Accounts to be kept

(1) A Langkawi company shall cause to be kept proper accounting and other records as will sufficiently explain the transaction and financial position of the company. (2) Every Langkawi company and the directors of the company shall cause appropriate entries to be made in the accounting and other records of the company within sixty days of the completion of the transactions to which they relate. (3) The accounting and other records of a Langkawi company shall be kept at the registered office of the company or at such other place in Langkawi as the directors think fit, and shall at all times be open to inspection by any director of the Langkawi company and shall be kept in such manner as to enable them to be conveniently and properly audited. (4) Notwithstanding subsection (3), the accounting and other records of operations outside Langkawi of a Langkawi company may be kept by the company at a place outside Langkawi, and there shall be sent to and kept at a place in Langkawi such statements and returns with respect to the business dealt with in the accounting and other records so kept as will enable to be prepared true and fair profit and loss accounts and balance sheets and any documents required to be attached thereto. (5) If any accounting and other records are kept at a place outside Langkawi pursuant to subsection (4), the company shall, if required by the Registrar to produce those accounting and other records at a place in Langkawi, comply with the requirements. (6) The Registrar may, in any particular case, direct that the accounting and other records of a Langkawi company be open to inspection by an approved auditor acting for a director of a Langkawi company, but only upon an undertaking in writing given to the Registrar that information acquired by the auditor during his inspection shall not be disclosed by him except to that director. (7) Any director of a Langkawi company who fails to take all reasonable steps to secure compliance by the company with the requirements of this section and sections 83 and 84 shall be guilty of an offence against this Act.

Malay text (authoritative)

Akaun yang perlu disimpan

(1) Sesuatu syarikat Langkawi hendaklah menyebabkan disimpan rekod perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya yang dengan secukupnya akan menghuraikan transaksi dan kedudukan kewangan syarikat itu. (2) Tiap-tiap syarikat Langkawi dan pengarah syarikat itu hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain syarikat itu dalam masa enam puluh hari selepas selesainya transaksi yang berhubungan dengan rekod itu. (3) Rekod perakaunan dan rekod lain suatu syarikat Langkawi hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu atau di manamana tempat lain di Langkawi sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pengarah, dan rekod itu hendaklah pada bila-bila masa dibuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pengarah syarikat Langkawi itu dan hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang akan membolehkan rekod itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya. (4) Walau apa pun subseksyen (3), rekod perakaunan dan rekod lain mengenai pengendalian suatu syarikat Langkawi di luar Langkawi boleh disimpan oleh syarikat itu di suatu tempat di luar Langkawi, dan hendaklah dihantar kepada dan disimpan di suatu tempat di Langkawi apa-apa pernyataan dan penyata berkenaan dengan perniagaan yang diuruskan dalam rekod perakaunan dan rekod lain yang disimpan sedemikian yang akan membolehkan supaya disediakan akaun untung dan kerugian dan kunci kirakira yang benar dan adil dan apa-apa dokumen yang dikehendaki disertakan bersama dengannya. (5) Jika mana-mana rekod perakaunan dan rekod lain disimpan di suatu tempat di luar Langkawi menurut subseksyen (4), syarikat itu hendaklah, jika dikehendaki oleh Pendaftar untuk mengemukakan rekod perakaunan dan rekod lain itu di suatu tempat di Langkawi, mematuhi kehendak itu. (6) Pendaftar boleh, dalam mana-mana hal tertentu, mengarahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain bagi suatu syarikat Langkawi dibuka untuk pemeriksaan oleh seorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak seorang pengarah suatu syarikat Langkawi, tetapi hanya apabila suatu aku janji bertulis diberikan kepada Pendaftar bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak akan dizahirkan olehnya kecuali kepada pengarah itu. (7) Mana-mana pengarah suatu syarikat Langkawi yang tidak mengambil semua langkah yang munasabah untuk menjamin supaya syarikat itu mematuhi kehendak seksyen ini dan seksyen 83 dan 84 melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Division 1 β†’

Find Act 643 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next