National Heritage Act 2005 s 100
s 100 Search and seizure with warrant
(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such enquiry as he considers necessary, that there is reasonable cause to believe that—
(a) any premises has been used or are about to be used for; or
(b) there is in any premises evidence necessary to the conduct of an investigation into,
the commission of an offence under this Act or any regulations made under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing the enforcement officer or police officer named therein, at any reasonable time by day or by night and with or without assistance, to enter the premises, if need be by force.
(2) A warrant issued under subsection (1) may authorize the enforcement officer or police officer to search the premises for, and to seize and remove from the premises—
(a) any object, material, book, document or other thing in respect of which an offence has or is suspected to have been committed; and
(b) any object, material, book, document or other thing that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence.
(3) An enforcement officer or a police officer acting under subsection (1) or (2) may—
(a) break open any outer or inner door of the premises or any fence, enclosure, gate or other obstruction to the premises, in order to effect entry into the premises;
(b) remove by force any obstruction to entry, search, seizure or removal as he is empowered to effect under subsection
(1) or (2); and
(c) detain every person found in the premises until the search has been completed.
Malay text (authoritative)
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
(1) Jika ternyata pada Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
(a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai,
pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu, jika perlu dengan kekerasan.
(2) Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis untuk menggeledah premis itu bagi mencari, dan untuk menyita dan mengalihkan dari premis itu—
(a) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau disyaki telah dilakukan; dan
(b) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
(3) Seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh—
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1) atau (2); dan
(c) menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Read this section in the full act → · Open Part XIV →
Find Act 645 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 June 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).