My bookmarksSign up free
← National Heritage Act 2005

National Heritage Act 2005 s 119

National Heritage Act 2005 s 119

s 119 Compounding of offences

(1) The Commissioner may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act or any regulations made under this Act, by accepting from the person reasonably suspected of having committed such offence a sum of money not exceeding fifty percent of the maximum fine for that offence, within the time specified in the offer. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted. (3) If the amount specified in the offer under subsection (1) is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Commissioner may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (4) Where an offence has been compounded under subsection (1) no prosecution shall be instituted after that in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made and where possession has been taken of any books, records or other documents or any other thing, such books, records, documents or things may be released subject to such conditions as may be imposed in accordance with the conditions of the compound. (5) The amounts received under this section shall be paid into and form part of the Federal Consolidated Fund and in the case of offences under Part XI the amounts received shall be paid into and form part of the State Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Pesuruhjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau manamana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apaapa pendakwaan baginya dimulakan. (3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa benda lain, buku, rekod, dokumen atau benda itu boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat kompaun. (5) Amaun yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan dalam hal kesalahan di bawah Bahagian XI amaun yang diterima hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Read this section in the full act → · Open Part XVI →

Find Act 645 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next