National Heritage Act 2005 s 40
s 40 Application for planning permission for heritage site
(1) The Commissioner shall coordinate and advise the local planning authority before any planning permission or development order is granted involving a heritage site.
(2) Where the local planning authority refers any application by any person for planning permission or development order to the Commissioner, such application shall containβ
(a) sufficient particulars to identify the monument to which the application relates, including its layout plan, measured building plan and photographs of its every angle, including the exterior and interior of such monument;
(b) such other plans and drawings as are necessary to describe the work which is the subject of the application;
(c) measures that have been taken to secure the safety of the heritage site and the neighbouring land; and
(d) such other particulars as may be required by the Commissioner.
(3) For the purpose of paragraph 2(c), neighbouring land meansβ
(a) any land adjoining within a distance of two hundred metres from the boundary of the land to which an application under this section relates;
(b) any land separated from the land to which an application made under this section relates by any road, lane, drain or reserved land, the width of which does not exceed twenty metres and which would be adjoining the land to which the application relates had they not been separated by such road, lane, drain or reserved land; or
(c) any land located within a distance of two hundred metres from the boundary of the land to which an application under this section relates.
(4) The Commissioner shall advise the local planning authority to impose conditions when aprroving planning permission or a development order involving a heritage site which may includeβ
(a) requiring compliance with any conservation guidelines and procedures issued by the Minister;
(b) requiring the making good of any damage caused to any heritage site after the works authorized by the planning permission or the development order are completed; or
(c) requiring the protection and retention of any specified feature of the heritage site.
(5) Where the planning permission is approved, the Commissioner shall liaise, cooperate and coordinate with the local planning authority to monitor and supervise that the terms and conditions imposed relating to the conservation of heritage are complied with.
(6) Any person who contravenes any condition imposed under subsection (4) commits an offence.
Malay text (authoritative)
Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan
(1) Pesuruhjaya hendaklah menyelaraskan dan menasihati pihak berkuasa perancang tempatan sebelum apa-apa kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkan tapak warisan diberikan.
(2) Jika pihak berkuasa perancang tempatan merujukkan apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi kebenaran merancang atau perintah pembangunan kepada Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah mengandungiβ
(a) butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti monumen yang dimaksudkan oleh permohonan itu, termasuk pelan susun aturnya, pelan bangunan terukur dan fotograf tiap-tiap sudutnya, termasuk bahagian luar dan bahagian dalam monumen itu;
(b) apa-apa pelan dan lukisan yang lain sebagaimana yang diperlukan untuk memperihalkan kerja yang menjadi perkara permohonan itu;
(c) langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keselamatan tapak warisan dan tanah yang berdekatan; dan
(d) apa-apa butir yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
(3) Bagi maksud perenggan 2(c), tanah yang berdekatan ertinyaβ
(a) mana-mana tanah yang bersempadanan dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini;
(b) mana-mana tanah yang terpisah dari tanah yang dimaksudkan oleh permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi dua puluh meter dan yang akan menjadi bersempadanan dengan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu jika tanah itu tidak dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu; atau
(c) mana-mana tanah yang terletak dalam lingkungan dua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen ini.
(4) Pesuruhjaya hendaklah menasihati pihak berkuasa perancang tempatan supaya mengenakan syarat-syarat apabila memberikan kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkan suatu tapak warisan yang boleh termasukβ
(a) menghendaki pematuhan mana-mana garis panduan dan tatacara pemuliharaan yang dikeluarkan oleh Menteri;
(b) menghendaki pembayaran apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana tapak warisan selepas kerja yang dibenarkan oleh kebenaran merancang atau perintah pembangunan itu selesai; atau
(c) menghendaki perlindungan dan pengekalan mana-mana ciri tertentu tapak warisan itu.
(5) Jika kebenaran merancang diberikan, Pesuruhjaya hendaklah berhubung, bekerjasama dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memantau dan mengawasi terma dan syarat yang dikenakan yang berhubungan dengan pemuliharaan warisan dipatuhi.
(6) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.
Read this section in the full act β Β· Open Chapter 4 β
Find Act 645 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 June 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).