My bookmarksSign up free
← National Heritage Act 2005

National Heritage Act 2005 s 6

National Heritage Act 2005 s 6

s 6 Functions of the Commissioner

The functions of the Commissioner are as follows: (a) to determine the designation of sites, registration of objects and underwater cultural heritage; (b) to establish and maintain the Register and to determine and specify the categories of heritage to be listed in the Register; (c) to supervise and oversee the conservation, preservation, restoration, maintenance, promotion, exhibition and accessibility of heritage; (d) to promote and facilitate any research relating to heritage; (e) to authorise, monitor and supervise excavations for heritage purposes; (f) to maintain documents relating to any excavation, exploration, finding or search for heritage; (g) to establish and maintain liaison and co-operation with the State Authority in respect of conservation and preservation of heritage matters; (h) to advise and co-ordinate with the local planning authority, the Council and other bodies and entities at all levels for the purpose of safeguarding, promoting and dealing with any heritage; (i) to promote and regulate that best standards and practices are applied in the conservation and preservation of heritage; (j) to advise the Minister with regard to any matter in respect of conservation and preservation of heritage; (k) to perform such other functions under this Act as the Minister may assign from time to time; and (l) to do all such things as may be incidental to or consequential upon the discharge of his powers and functions.

Malay text (authoritative)

Fungsi Pesuruhjaya

Fungsi Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut: (a) untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air; (b) untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak disenaraikan dalam Daftar; (c) untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan, penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan; (d) untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan; (e) untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian bagi maksud warisan; (f) untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan, penjumpaan atau pencarian warisan; (g) untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara warisan; (h) untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa warisan; (i) untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan; (j) untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan; (k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan (l) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 645 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next