My bookmarksSign up free
← Arbitration Act 2005

Arbitration Act 2005 s 14

Arbitration Act 2005 s 14

s 14 Grounds for challenge

(1) A person who is approached in connection with that person’s possible appointment as an arbitrator shall disclose any circumstances likely to give rise to justifiable doubts as to that person’s impartiality or independence. (2) An arbitrator shall, without delay, from the time of appointment and throughout the arbitral proceedings, disclose any circumstances referred to in subsection (1) to the parties unless the parties have already been informed of such circumstances by the arbitrator. (3) An arbitrator may be challenged only if— (a) the circumstances give rise to justifiable doubts as to that arbitrator’s impartiality or independence; or (b) that arbitrator does not possess qualifications agreed to by the parties. (4) A party may challenge an arbitrator appointed by that party, or in whose appointment that party has participated, only for reasons which that party becomes aware of after the appointment has been made.

Malay text (authoritative)

Alasan untuk mencabar

(1) Seseorang yang didatangi berkaitan dengan kemungkinan orang itu dilantik sebagai seorang penimbang tara hendaklah menzahirkan apa-apa hal keadaan yang berkemungkinan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan berkenaan dengan kesaksamaan atau kebebasan orang itu. (2) Seorang penimbang tara hendaklah, tanpa kelengahan, dari masa pelantikan dan sepanjang prosiding timbang tara itu, menzahirkan apa-apa hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pihak-pihak melainkan jika pihak-pihak itu telah diberitahu mengenai hal keadaan itu oleh penimbang tara itu. (3) Seorang penimbang tara boleh dicabar hanya jika— (a) hal keadaan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan tentang kesaksamaan atau kebebasan penimbang tara itu; atau (b) penimbang tara itu tidak memiliki kelayakan yang dipersetujui oleh pihak-pihak. (4) Suatu pihak boleh mencabar seseorang penimbang tara yang dilantik oleh pihak itu, atau yang pihak itu mengambil bahagian, hanya atas sebab yang disedari pihak itu selepas pelantikan itu dibuat.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 646 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next