(1) Unless otherwise agreed by the parties, any party who intends to challenge an arbitrator shall, within fifteen days after becoming aware of the constitution of the arbitral tribunal or of any reasons referred to in subsection 14(3), send a written statement of the reasons for the challenge to the arbitral tribunal.
(2) Unless the challenged arbitrator withdraws from office or the other party agrees to the challenge, the arbitral tribunal shall make a decision on the challenge.
(3) Where a challenge is not successful, the challenging party may, within thirty days after having received notice of the decision rejecting the challenge, apply to the High Court to make a decision on the challenge.
(4) While such an application is pending, the arbitral tribunal, including the challenged arbitrator, may continue the arbitral proceedings and make an award.
(5) No appeal shall lie against the decision of the High Court under subsection (3).
Malay text (authoritative)
Tatacara mencabar
(1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, mana-mana pihak yang bercadang untuk mencabar seseorang
penimbang tara hendaklah, dalam masa lima belas hari selepas menyedari tentang penubuhan tribunal timbang tara atau tentang apa-apa sebab yang disebut dalam subseksyen 14(3), menghantar suatu pernyataan bertulis kepada tribunal timbang tara tentang sebab itu.
(2) Melainkan jika penimbang tara yang dicabar itu menarik diri daripada jawatan atau pihak yang satu lagi bersetuju dengan cabaran itu, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat keputusan mengenai cabaran itu.
(3) Jika sesuatu cabaran tidak berjaya, pihak yang mencabar boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis keputusan yang menolak cabaran itu, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan mengenai cabaran itu.
(4) Sementara permohonan itu belum selesai, tribunal timbang tara, termasuk penimbang tara yang dicabar, boleh meneruskan prosiding timbang tara dan membuat suatu award.
(5) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (3).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).