My bookmarksSign up free
← Arbitration Act 2005

Arbitration Act 2005 s 37

Arbitration Act 2005 s 37

s 37 Application for setting aside

(1) An award may be set aside by the High Court only if— (a) the party making the application provides proof that— (i) a party to the arbitration agreement was under any incapacity; (ii) the arbitration agreement is not valid under the law to which the parties have subjected it, or, failing any indication thereon, under the laws of Malaysia; (iii) the party making the application was not given proper notice of the appointment of an arbitrator or of the arbitral proceedings or was otherwise unable to present that party’s case; (iv) the award deals with a dispute not contemplated by or not falling within the terms of the submission to arbitration; (v) subject to subsection (3), the award contains decisions on matters beyond the scope of the submission to arbitration; or (vi) the composition of the arbitral tribunal or the arbitral procedure was not in accordance with the agreement of the parties, unless such agreement was in conflict with a provision of this Act from which the parties cannot derogate, or, failing such agreement, was not in accordance with this Act; or (b) the High Court finds that— (i) the subject-matter of the dispute is not capable of settlement by arbitration under the laws of Malaysia; or (ii) the award is in conflict with the public policy of Malaysia. (2) Without limiting the generality of subparagraph (1)(b)(ii), an award is in conflict with the public policy of Malaysia where— (a) the making of the award was induced or affected by fraud or corruption; or (b) a breach of the rules of natural justice occurred— (i) during the arbitral proceedings; or (ii) in connection with the making of the award. (3) Where the decision on matters submitted to arbitration can be separated from those not so submitted, only that part of the award which contains decisions on matters not submitted to arbitration may be set aside. (4) An application for setting aside may not be made after the expiry of ninety days from the date on which the party making the application had received the award or, if a request has been made under section 35, from the date on which that request had been disposed of by the arbitral tribunal. (5) Subsection (4) does not apply to an application for setting aside on the ground that the award was induced or affected by fraud or corruption. (6) On an application under subsection (1) the High Court may, where appropriate and so requested by a party, adjourn the proceedings for such period of time as it may determine in order to allow the arbitral tribunal an opportunity to resume the arbitral proceedings or to take such other action as in the arbitral tribunal’s opinion will eliminate the grounds for setting aside. (7) Where an application is made to set aside an award, the High Court may order that any money made payable by the award shall be brought into the High Court or otherwise secured pending the determination of the application.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi mengetepikan

(1) Suatu award boleh diketepikan oleh Mahkamah Tinggi hanya jika— (a) pihak yang membuat permohonan memberikan bukti bahawa— (i) suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan; (ii) perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undangundang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Malaysia; (iii) pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu; (iv) award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam termaterma bagi pengemukaan kepada timbang tara; (v) tertakluk kepada subseksyen (3), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara; atau (vi) keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak-pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihakpihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, jika tiada persetujuan itu, tidak mengikut Akta ini; atau (b) Mahkamah Tinggi mendapati bahawa— (i) hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang Malaysia; atau (ii) award itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia. (2) Tanpa mengehadkan keluasan subperenggan (1)(b)(ii), suatu award adalah bercanggah dengan dasar awam Malaysia jika— (a) pembuatan award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah; atau (b) suatu pelanggaran rukun keadilan asasi berlaku— (i) semasa prosiding timbang tara; atau (ii) berkaitan dengan pembuatan award itu. (3) Jika keputusan mengenai perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan mengenai perkara yang tidak dikemukakan kepada timbang tara boleh diketepikan. (4) Suatu permohonan bagi mengetepikan tidak boleh dibuat selepas habis tempoh sembilan puluh hari dari tarikh yang pihak yang membuat permohonan itu menerima award itu atau, jika suatu permintaan telah dibuat di bawah seksyen 35, dari tarikh yang padanya permintaan itu telah diselesaikan oleh tribunal timbang tara. (5) Subseksyen (4) tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi mengetepikan atas alasan bahawa award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah. (6) Atas suatu permohonan di bawah subseksyen (1) Mahkamah Tinggi boleh, jika bersesuaian dan diminta sedemikian oleh suatu pihak, menangguhkan prosiding bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya untuk memberi tribunal timbang tara peluang untuk menyambung prosiding timbang tara itu atau untuk mengambil apa-apa langkah lain yang pada pendapat tribunal timbang tara akan menghapuskan alasan untuk mengetepikan. (7) Jika suatu permohonan dibuat untuk mengetepikan suatu award, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan bahawa apa-apa wang yang dijadikan kena dibayar oleh award itu hendaklah dibawa ke dalam Mahkamah Tinggi atau selainnya dijamin sementara penentuan permohonan itu selesai.

Read this section in the full act → · Open Chapter 7 →

Find Act 646 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next