My bookmarksSign up free
← Arbitration Act 2005

Arbitration Act 2005 s 39

Arbitration Act 2005 s 39

s 39 Grounds for refusing recognition or enforcement

(1) Recognition or enforcement of an award, irrespective of the State in which it was made, may be refused only at the request of the party against whom it is invoked— (a) where that party provides to the High Court proof that— (i) a party to the arbitration agreement was under any incapacity; (ii) the arbitration agreement is not valid under the law to which the parties have subjected it, or, failing any indication thereon, under the laws of Malaysia; (iii) the party making the application was not given proper notice of the appointment of an arbitrator or of the arbitral proceedings or was otherwise unable to present that party’s case; (iv) the award deals with a dispute not contemplated by or not falling within the terms of the submission to arbitration; (v) subject to subsection (2), the award contains decisions on matters beyond the scope of the submission to arbitration; (vi) the composition of the arbitral tribunal or the arbitral procedure was not in accordance with the agreement of the parties, unless such agreement was in conflict with a provision of this Act from which the parties cannot derogate, or, failing such agreement, was not in accordance with this Act; or (vii) the award has not yet become binding on the parties or has been set aside or suspended by a court of the country in which, or under the law of which, that award was made; or (b) if the High Court finds that— (i) the subject-matter of the dispute is not capable of settlement by arbitration under the laws of Malaysia; or (ii) the award is in conflict with the public policy of Malaysia. (2) If an application for setting aside or suspension of an award has been made to the High Court on the grounds referred to in subparagraph (1)(a)(vii), the High Court may, if it considers it proper, adjourn its decision and may also, on the application of the party claiming recognition or enforcement of the award, order the other party to provide appropriate security.

Malay text (authoritative)

Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan

(1) Pengiktirafan atau penguatkuasaan sesuatu award, tidak kira di Negara mana ia dibuat, boleh ditolak hanya atas permintaan pihak yang terhadapnya ia hendak digunakan— (a) jika pihak itu memberikan bukti kepada Mahkamah Tinggi bahawa— (i) suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan; (ii) perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undang-undang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan tanda mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Malaysia; (iii) pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu; (iv) award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam terma bagi pengemukaan kepada timbang tara; (v) tertakluk kepada subseksyen (2), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara; (vi) keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak-pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihakpihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, sekiranya tiada persetujuan itu, tidak mengikut Akta ini; atau (vii) award itu belum lagi mengikat pihak-pihak atau telah diketepikan atau digantung oleh suatu mahkamah dalam negara yang, atau di bawah undang-undang yang award itu dibuat; atau (b) jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa— (i) hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang Malaysia; atau (ii) award itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia. (2) Jika suatu permohonan bagi mengetepikan atau menggantung sesuatu award telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi atas alasan yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(vii), Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya wajar, menangguhkan keputusannya dan boleh juga, atas permohonan pihak yang menuntut pengiktirafan atau penguatkuasaan award itu, memerintahkan pihak yang satu lagi itu untuk memberi jaminan yang sesuai.

Read this section in the full act → · Open Chapter 8 →

Find Act 646 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next