My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 11

Water Services Industry Act 2006 s 11

s 11 Power to impose additional, vary or revoke conditions

(1) The Minister may, on the recommendation of the Commission, at any time— (a) impose any additional conditions on the individual licence; or (b) vary or revoke any conditions imposed on the individual licence. (2) Before the Minister makes a decision under subsection (1), the Commission shall give the individual licensee— (a) a written notice of the Minister’s intention together with a draft copy of the imposition, variation or revocation; and (b) an opportunity to make written submissions within a period specified in the written notice which shall not be less than thirty days. (3) After the expiry of the period specified in the notice, the Minister shall, after considering any written submission made by the individual licensee and having due regard to any recommendation of the Commission, decide whether to impose the additional conditions or to vary or revoke any existing conditions or to take no further action. (4) The Commission shall give the individual licensee a written notice of the Minister’s decision under subsection (3) as soon as practicable and the decision shall take effect on a date to be specified in the written notice.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan, mengubah atau membatalkan syarat

(1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, pada bila-bila masa— (a) mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas lesen individu; atau (b) mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen individu. (2) Sebelum Menteri membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah memberikan kepada pemegang lesen individu itu— (a) suatu notis bertulis mengenai niat Menteri berserta dengan suatu salinan draf mengenai pengenaan, perubahan atau pembatalan itu; dan (b) suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari. (3) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Menteri hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen individu itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan atau untuk mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut. (4) Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen individu itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Menteri di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next