Water Services Industry Act 2006 s 145
s 145 Saving of way leave agreement
(1) Nothing in section 141 or 144 shall—
(a) affect the right of a licensee to enter into a way leave agreement with the owner or occupier of any land for the purpose of carrying any pipe, channel, conduit or similar structure, sewer, manhole, chamber, fixture or any other equipment forming part of a water supply system or sewerage system across the land; or
(b) affect any such way leave agreement subsisting at the commencement of this Act.
(2) Notwithstanding any written law relating to land, the Registrar, upon production to him of the original and the deposit with him of a certified copy of any such way leave agreement as is referred to in subsection (1), shall cause to be made on the register document of title relating to the land affected by the way leave agreement a note of the existence of the way leave agreement.
(3) Where a way leave agreement related to land which is a holding included in the Interim Register—
(a) subsection (2) shall apply as if “Commissioner” and “appropriate folio of the Interim Register” were substituted for “Registrar” and “register document of title” respectively; and
(b) when final documents of title are issued for the land under section 39 of the National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963 [Act 518], any note made pursuant to that subsection as varied by paragraph (a) shall (if it is still effective immediately before the issue of those documents) be entered by the Commissioner on the register document of title and shall continue to have effect as if it had been entered under that subsection.
(4) So long as there remains on the register document of title or the appropriate folio of the Interim Register a note made pursuant to subsections (2) and (3), all dealings with the land to which the note relates shall be deemed to be subject to the rights of the licensee under and by virtue of the way leave agreement in respect of which the note has been made.
(5) In this section, the words “Commissioner” and “Interim Register” have the meanings assigned to them respectively by the National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963.
Malay text (authoritative)
Kecualian bagi perjanjian izin lalu
(1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 141 atau 144 boleh —
(a) menyentuh hak pemegang lesen untuk membuat perjanjian izin lalu dengan pemilik atau penghuni mana-mana tanah bagi maksud membawa apa-apa paip, saluran, pembuluh atau struktur yang serupa, pembetung, lurang, kebuk, lekapan atau apa-apa kelengkapan lain yang membentuk sebahagian daripada suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan melalui tanah itu; atau
(b) menyentuh apa-apa perjanjian izin lalu sedemikian yang wujud pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya apa-apa salinan asal dan didepositkan dengannya suatu salinan terperakui apa-apa perjanjian izin lalu sedemikian sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan supaya suatu catatan mengenai kewujudan perjanjian
izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terjejas oleh perjanjian izin lalu itu.
(3) Jika sesuatu perjanjian izin lalu adalah berhubung dengan tanah yang merupakan suatu pemegangan yang termasuk dalam Daftar Interim—
(a) subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah “Pesuruhjaya” dan “folio yang bersesuaian dalam Daftar Interim” masing-masing menggantikan “Pendaftar” dan “dokumen hakmilik daftaran”; dan
(b) apabila dokumen hakmilik tetap telah dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], mana-mana catatan yang dibuat menurut subseksyen itu sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah (jika perjanjian itu masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu) dimasukkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-seolah catatan itu dimasukkan di bawah subseksyen itu.
(4) Selagi catatan yang dibuat menurut subseksyen (2) dan (3) masih kekal pada dokumen hakmilik daftaran atau folio yang bersesuaian dalam Daftar Interim, semua urusan berkenaan dengan tanah yang catatan itu berkaitan dengannya hendaklah disifatkan tertakluk kepada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya catatan itu dibuat.
(5) Dalam seksyen ini, perkataan “Pesuruhjaya” dan “Daftar Interim” masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963.
Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →
Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).