My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 161

Water Services Industry Act 2006 s 161

s 161 Obstruction

A person who— (a) refuses any authorized officer access to any premises which the authorized officer is entitled to have under this Act or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; (b) assaults, obstructs, hinders or delays any authorized officer in effecting any entry which the authorized office is entitled to effect under this Act or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; or (c) refuses to give any authorized officer any information relating to an offence or suspected offence under this Act or its subsidiary legislation or any other information which may reasonably be required of him and which he has in his knowledge or power to give, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Halangan

Mana-mana orang yang — (a) enggan memberikan mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; (b) menyerang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apaapa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau (c) enggan memberikan mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next