(1) A fund to be known as the “Sewerage Capital Contribution Fund” is established and shall be controlled and operated by the Commission.
(2) The Sewerage Capital Contribution Fund shall consist of any sums contributed by any developer or person who constructs—
(a) a building and connects the building to a public sewer;
(b) a sewage treatment works without a sludge processing facility or standby power generator or both; and
(c) a septic tank or communal septic tank that requires an off-site sludge processing facility,
in accordance with the rates as may be prescribed.
(3) The Sewerage Capital Contribution Fund shall be expended for the following purposes:
(a) to supplement capital expenditure required for public sewerage systems;
(b) for the implementation of a regional sewerage system; or
(c) such other purposes as may be determined by the Minister.
(4) The Commission shall cause proper accounts of the Sewerage Capital Contribution Fund and proper reports of its activities in respect of the Fund to be kept and shall, as soon as practicable after the end of each financial year, cause to be prepared for that financial year—
(a) a statement of accounts which shall include a balance sheet and an account of contributions and expenditure; and
(b) a statement of its activities.
(5) The Commission shall as soon as possible send a copy of the statement of accounts certified by the auditors and a copy of the auditors’ report to the Minister who shall cause them to be laid before both Houses of Parliament.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan
(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan” ditubuhkan dan hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh Suruhanjaya.
(2) Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan hendaklah terdiri daripada apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh mana-mana pemaju atau orang yang membina—
(a) bangunan dan menyambungkan bangunan itu suatu pembetung awam;
(b) tempat rawatan kumbahan tanpa kemudahan pemprosesan enap cemar atau penjana kuasa tunggu sedia atau keduaduanya; dan
(c) tangki septik atau tangki septik komunal yang menghendaki suatu kemudahan pemprosesan enap cemar di luar tapak,
mengikut kadar yang ditetapkan.
(3) Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a) untuk menambah perbelanjaan modal yang dikehendaki bagi sistem pembetungan awam;
(b) untuk melaksanakan sistem pembetungan serantau; atau
(c) apa-apa maksud lain yang ditentukan oleh Menteri.
(4) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan dan laporan aktivitinya yang sepatutnya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—
(a) suatu penyata akaun yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan
(b) suatu pernyataan mengenai aktivitinya.
(5) Suruhanjaya hendaklah dengan secepat mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).