My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 173

Water Services Industry Act 2006 s 173

s 173 Registration of agreements

(1) The written agreements referred to in sections 32 and 53 shall be submitted to the Commission for registration. (2) A person who wishes to enter into an agreement as referred to in subsection (1) shall submit the finalized draft of the written agreement to the Commission for endorsement. (3) If the Commission is satisfied that the finalized draft agreement submitted to it under subsection (2) is consistent with this Act or its subsidiary legislation, the Commission shall endorse the finalized draft agreement and the person may enter into the written agreement on the same terms as the endorsed draft agreement and shall submit the written agreement to the Commission for registration. (4) The Commission shall register any written agreement submitted to it under subsection (3). (5) Where the parties to a written agreement referred to in subsection (1) chooses to enter into the written agreement prior to the Commission endorsing the written agreement, the parties to the agreement shall make provisions in the written agreement to the effect that the written agreement is only effective upon the Commission registering the written agreement. (6) A written agreement referred to in subsection (1) shall only be enforceable upon its registration. (7) The Commission shall register the written agreement if the Commission is satisfied that the agreement is consistent with this Act or its subsidiary legislation. (8) The Commission shall maintain a register of all agreements registered under this section in accordance with section 176. (9) The register shall contain— (a) the names of the parties to the agreement; (b) a general description of the matter pertaining to the agreement; and (c) the date of the agreement, except the terms and conditions of the agreement. (10) A copy of the written agreement shall be deposited with the Commission.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran perjanjian

(1) Perjanjian bertulis yang disebut dalam seksyen 32 and 53 hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran. (2) Seseorang yang ingin membuat sesuatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan draf perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan itu kepada Suruhanjaya untuk pengendorsan. (3) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa draf perjanjian yang telah dimuktamadkan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (2) adalah selaras dengan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, Suruhanjaya hendaklah mengendorskan draf perjanjian yang telah dimuktamadkan itu dan orang itu boleh membuat perjanjian bertulis itu atas terma yang sama dengan draf perjanjian yang diendorskan itu dan hendaklah mengemukakan perjanjian bertulis itu kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran. (4) Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan apa-apa perjanjian bertulis yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (3). (5) Jika pihak-pihak kepada suatu perjanjian bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) memilih untuk membuat perjanjian bertulis sebelum Suruhanjaya mengendorskan perjanjian bertulis itu, pihakpihak kepada perjanjian itu hendaklah membuat peruntukan dalam perjanjian bertulis itu yang membawa maksud bahawa perjanjian bertulis itu hanya efektif apabila Suruhanjaya mendaftarkan perjanjian bertulis itu. (6) Suatu perjanjian bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) hanya boleh dikuatkuasakan apabila perjanjian itu didaftarkan. (7) Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan perjanjian bertulis itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perjanjian itu selaras dengan Akta ini atau perundangan subsidiarinya. (8) Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua perjanjian yang didaftarkan di bawah seksyen ini mengikut seksyen 176. (9) Daftar itu hendaklah mengandungi— (a) nama pihak-pihak kepada perjanjian; (b) perihalan am mengenai perkara yang berkaitan dengan perjanjian; dan (c) tarikh perjanjian, kecuali terma dan syarat perjanjian. (10) Suatu salinan perjanjian bertulis itu hendaklah disimpan dengan Suruhanjaya.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next