Water Services Industry Act 2006 s 177
s 177 Directions by Commission
(1) The Commission may from time to time issue directions in writing to any person, as provided for in this Act, about the compliance or non-compliance of any licence conditions, including the remedying of a breach of a licence condition or the provisions of this Act or its subsidiary legislation.
(2) Prior to making a direction under subsection (1), the Commission shall issue a notice in writing to the person specifying the nature of the required compliance.
(3) The person shall be granted an opportunity to be heard or may submit a written submission on the reasons for its conduct or activity within a reasonable time period specified in the notice.
(4) After expiry of the notice specified in subsection (3), the Commission shall take into consideration any reasons provided by the person before making a decision in relation to the relevant conduct or activity of the person.
(5) After due consideration of any reasons provided by the person, the Commission may issue a direction pursuant to subsection (1) requiring the person to take a specified action directed towards ensuring that the person does not contravene or does not continue to contravene any of the conditions of licence or any of the provisions of this Act or its subsidiary legislation.
(6) The Commission shall give the person written notice of its direction as soon as practicable. The direction issued by the Commission shall be complied with.
(7) A direction made by the Commission under this Chapter shall be registered as soon as practicable.
(8) The direction shall be effective from the date of registration or such later date as the Commission may specify in the direction.
(9) The direction shall expire on such date as the Commission may specify in the written instrument or if no date is specified, the direction shall be in force until the direction is revoked.
(10) The Commission may vary or revoke a direction and the procedures set out in subsections (2), (3), (4), (5), (6), (7), (8) and
(9) shall apply mutatis mutandis in respect of any variation or revocation of a direction.
(11) A person who fails to comply with a direction of the Commission under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
(12) The Commission shall maintain a register of all directions issued by the Commission, including any variation or revocation of a direction in accordance with section 176.
Malay text (authoritative)
Arahan oleh Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, mengenai pematuhan atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana syarat lesen, termasuk untuk meremedikan pelanggaran syarat lesen atau peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
(2) Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.
(3) Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis mengenai sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya dalam tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu.
(4) Selepas tamat tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen
(3), Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat suatu keputusan berhubung dengan tingkah laku atau aktiviti yang berkenaan orang itu.
(5) Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang telah diberikan oleh orang itu, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan menurut subseksyen (1) yang menghendaki orang itu supaya mengambil tindakan yang diarahkan sebagaimana yang dinyatakan dengan tujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau tidak terus melanggar mana-mana syarat lesen atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
(6) Suruhanjaya hendaklah memberikan orang itu notis bertulis mengenai arahannya dengan secepat yang dapat dilaksanakan. Arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya hendaklah dipatuhi.
(7) Sesuatu arahan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah Bab ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(8) Arahan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam arahan itu.
(9) Arahan itu hendaklah tamat tempohnya pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam surat cara bertulis itu atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehinggalah arahan itu dibatalkan.
(10) Suruhanjaya boleh mengubah atau membatalkan sesuatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3),
(4), (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan.
(11) Seseorang yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.
(12) Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan mengikut seksyen 176.
Read this section in the full act → · Open Part XII →
Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).