Water Services Industry Act 2006 s 178
s 178 Determination by Commission
(1) The Commission may, from time to time, determine any matter specified in this Act as being subject to the Commission’s determination.
(2) The Commission may conduct a public consultation prior to making a determination, either—
(a) in response to a written request from a person; or
(b) on its own initiative.
(3) Notwithstanding subsection (2), the Commission shall conduct a public consultation prior to making a determination if directed by the Minister.
(4) The procedures applicable to a public inquiry under sections 78, 79, 80, 81, 82 and 83 shall apply mutatis mutandis to the public consultation in subsection (2) or (3).
(5) A public consultation shall be carried out in a manner consistent with the provisions of this Act.
(6) Within three months from the conclusion of the public consultation, the Commission shall determine the matter.
(7) A determination made by the Commission under this section shall be registered as soon as practicable.
(8) A determination shall come into force on the date of registration or such later date as the Commission may specify in the determination.
(9) The determination shall expire on such date as the Commission may specify or if no date is specified, the determination shall be in force until the determination is revoked.
(10) Subject to the provisions of this Act, the Commission may vary or revoke a determination, in response to a written request or on its own initiative and the procedures set out in this section in respect of making a determination shall apply mutatis mutandis in respect of any variation or revocation of the determination.
(11) The Commission shall maintain a register of all determinations made by the Commission, including any variation or revocation of a determination, in accordance with section 176.
Malay text (authoritative)
Penentuan oleh Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, menentukan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Akta ini sebagai tertakluk kepada penentuan Suruhanjaya.
(2) Suruhanjaya boleh menjalankan suatu rundingan awam sebelum membuat sesuatu penentuan, sama ada—
(a) sebagai respons kepada suatu permintaan bertulis daripada seseorang; atau
(b) atas inisiatifnya sendiri.
(3) Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya hendaklah menjalankan suatu rundingan awam terlebih dahulu sebelum membuat suatu penentuan jika diarahkan oleh Menteri.
(4) Tatacara yang terpakai bagi suatu siasatan awam di bawah seksyen 78, 79, 80, 81, 82 dan 83 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi rundingan awam dalam subseksyen (2) atau (3).
(5) Suatu rundingan awam hendaklah dijalankan mengikut cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini.
(6) Dalam tempoh tiga bulan dari berakhirnya rundingan awam, Suruhanjaya hendaklah menentukan perkara itu.
(7) Suatu penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(8) Suatu penentuan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam penentuan itu.
(9) Penentuan itu hendaklah tamat tempoh pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya atau jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan itu hendaklah berkuat kuasa sehinggalah penentuan itu dibatalkan.
(10) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Suruhanjaya boleh mengubah atau membatalkan sesuatu penentuan, sebagai respons kepada suatu permintaan bertulis atau atas inisiatifnya sendiri dan tatacara yang dihuraikan dalam seksyen ini berkenaan dengan pembuatan sesuatu penentuan hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan penentuan itu.
(11) Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu penentuan, mengikut seksyen 176.
Read this section in the full act → · Open Part XII →
Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).