Water Services Industry Act 2006 s 27
s 27 De-registration of class licensee
(1) The Commission may de-register a class licensee in any of the following circumstances:
(a) the class licensee has failed to comply with any provisions of this Act or its subsidiary legislation;
(b) the class licensee has failed to comply with any of the conditions of the class licence;
(c) the class licensee had improperly or illegally obtained the class licence;
(d) a receiver, receiver and manager, provisional liquidator or like official has been appointed over the whole or substantial part of the class licenseeβs assets and such appointment is not revoked or annulled within a period of sixty days from the date of such appointment;
(e) there has been any act or default or change of circumstances such that the class licensee would no longer be entitled to be registered as a class licensee under this Act; or
(f) the de-registration of the class licensee is in the public interest.
(2) Before making a decision under subsection (1), the Commission shall give the class licenseeβ
(a) a written notice of its decision to de-register the class licensee; and
(b) an opportunity to make written submissions within a period specified in the written notice which shall not be less than thirty days.
(3) After the expiry of the period specified in the notice, the Commission shall, after considering any written submissions made by the class licensee, decide whether or not to de-register the class licensee.
(4) The Commission shall give the class licensee a written notice of its decision under subsection (3) as soon as practicable and the de-registration of the class licensee shall take effect on the date specified in the written notice.
(5) The class licensee who has been de-registered under subsection
(3) shall cease all activities for which its class licence relates.
Malay text (authoritative)
Pembatalan pendaftaran pemegang lesen kelas
(1) Suruhanjaya boleh membatalkan pendaftaran pemegang lesen kelas dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a) pemegang lesen kelas itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
(b) pemegang lesen kelas itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen kelas itu;
(c) pemegang lesen kelas itu telah mendapatkan lesen kelas itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undangundang;
(d) seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen kelas itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu;
(e) telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran atau perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen kelas itu tidak lagi berhak untuk didaftarkan sebagai pemegang lesen kelas di bawah Akta ini; atau
(f) pembatalan pendaftaran pemegang lesen kelas itu adalah demi kepentingan awam.
(2) Sebelum membuat suatu keputusan di bawah subseksyen
(1), Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen kelas ituβ
(a) suatu notis bertulis mengenai keputusannya untuk membatalkan pendaftaran pemegang lesen kelas itu; dan
(b) suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.
(3) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Suruhanjaya hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen kelas itu, memutuskan sama ada untuk membatalkan pendaftaran pemegang lesen kelas itu atau tidak.
(4) Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen kelas itu suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen
(3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan pembatalan pendaftaran pemegang lesen kelas itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
(5) Pemegang lesen kelas yang telah dibatalkan pendaftarannya di bawah subseksyen (3) hendaklah menghentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan lesen kelasnya.
Read this section in the full act β Β· Open Chapter 2 β
Find Act 655 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).