My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 53

Water Services Industry Act 2006 s 53

s 53 Bulk supply between service licensees providing water supply services

(1) An agreement to supply water in bulk entered into between service licensees providing water supply services shall be registered with the Commission and shall not be enforceable until it has been so registered. (2) Where, on application of a service licensee— (a) it appears to the Commission that it is necessary or expedient for the purposes of this Act that another service licensee providing water supply services should give a supply of water in bulk to the applicant; and (b) the Commission is satisfied that the giving and taking of such a supply cannot be secured by agreement, the Commission may direct the other service licensee to give such a supply at such quantity, for such period and on such terms and conditions as may be provided in the direction. (3) In deciding what provision to make by direction in respect of the giving of any supply of water by a service licensee, the Commission shall have regard to the desirability of the licensee’s recovering the expenses incurred in complying with its obligations under this section and of securing a reasonable rate of return on its paid up capital subject to the licensee achieving a desired level of efficiency. (4) The bulk supply agreement shall comply with any rules made by the Commission under section 180 in respect of the bulk supply agreement. (5) This section shall only be applicable to a service licensee providing water supply services who holds an individual licence.

Malay text (authoritative)

Pembekalan secara pukal antara pemegang-pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bekalan air

(1) Suatu perjanjian untuk membekalkan air secara pukal yang dibuat antara pemegang-pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bekalan air hendaklah didaftarkan dengan Suruhanjaya dan tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah perjanjian itu didaftarkan sedemikian. (2) Jika, atas permohonan pemegang lesen perkhidmatan— (a) Suruhanjaya mendapati perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini supaya pemegang lesen perkhidmatan lain yang menyediakan perkhidmatan bekalan air memberikan bekalan air secara pukal kepada pemohon; dan (b) Suruhanjaya berpuas hati bahawa pemberian dan pengambilan bekalan itu tidak boleh didapatkan melalui perjanjian, maka Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen perkhidmatan lain itu untuk memberikan apa-apa bekalan dalam apa-apa jumlah, selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat yang diperuntukkan dalam arahan itu. (3) Dalam memutuskan peruntukan yang akan dibuat melalui arahan berkenaan dengan pemberian apa-apa bekalan air oleh pemegang lesen perkhidmatan, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira tentang hasrat pemegang lesen itu untuk mendapatkan perbelanjaan yang dilakukan kerana mematuhi obligasinya di bawah seksyen ini dan untuk mendapatkan kadar pulangan yang munasabah atas modal berbayarnya tertakluk kepada pemegang lesen itu mencapai tahap kecekapan yang dihasratkan. (4) Perjanjian pembekalan secara pukal itu hendaklah mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180 berkenaan dengan perjanjian pembekalan secara pukal. (5) Seksyen ini terpakai hanya bagi pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bekalan air yang memegang suatu lesen individu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next