(1) Any water distribution licensee may, with the approval of the Commission—
(a) reduce the quantity or pressure of water supplied to any consumer if by reason of any circumstances beyond its control there is insufficient water to enable the full quantity to be supplied; or
(b) temporarily cease the supply of water.
(2) The water distribution licensee shall not be liable for any damage to any person or property or for any reduction or cessation of the supply of water which—
(a) is approved by the Commission;
(b) is due to circumstances or accident which is not a result of its own doing or conduct; or
(c) is due to the unauthorized connection of equipment or water fittings.
(3) Unless otherwise exempted or permitted under this Act or its subsidiary legislation, the water distribution licensee shall take all necessary steps as may be required, including the supply of water by water tankers, to ensure that a consumer within its water supply distribution area is supplied with water.
Malay text (authoritative)
Pengurangan atau pemberhentian bekalan
(1) Mana-mana pemegang lesen pengagihan air boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya—
(a) mengurangkan jumlah atau tekanan air yang dibekalkan kepada mana-mana pengguna jika disebabkan oleh apaapa hal keadaan yang di luar kawalannya air tidak mencukupi untuk membolehkan jumlah yang penuh dibekalkan; atau
(b) memberhentikan secara sementara bekalan air.
(2) Pemegang lesen pengagihan air itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang dihadapi oleh mana-mana orang atau pada harta atau bagi apa-apa pengurangan atau pemberhentian bekalan air yang—
(a) diluluskan oleh Suruhanjaya;
(b) disebabkan oleh hal keadaan atau kemalangan yang tidak diakibatkan oleh pelakuan atau tingkah lakunya sendiri; atau
(c) disebabkan oleh penyambungan kelengkapan atau lengkapan air yang tidak dibenarkan.
(3) Melainkan jika dikecualikan atau dibenarkan selainnya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, pemegang lesen pengagihan air itu hendaklah mengambil semua langkah perlu yang dikehendaki, termasuk menyediakan air melalui lori tangki air, untuk memastikan bahawa pengguna di dalam kawasan pengagihan bekalan airnya dibekalkan air.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).