My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 55

Water Services Industry Act 2006 s 55

s 55 Restriction of water supply

(1) If it appears to the Commission that there is reasonable cause to believe that any premises have been used or are about to be used for the commission of an offence under this Act or its subsidiary legislation or under any other written law or on such other grounds as the Commission may deem fit, the Commission may direct the water distribution licensee to disconnect the supply of water to the said premises. (2) The water distribution licensee may, in accordance with requirements and procedures set out in the rules made by the Commission under section 180β€” (a) temporarily cease the supply of water to any premises; or (b) reduce or divert wholly or in part any of its pipe or any part of its pipe, for the purpose of carrying out essential maintenance of and repairs or alteration to any water supply system or part of the system. (3) Notwithstanding subsection (2), where in the opinion of the water distribution licensee, the supply of water is unsafe for the purposes of normal supply to the public or poses a health risk to the public, the water distribution licensee shall immediately undertake the measures under subsection (2) and shall notify the Commission as soon as practicable of the measures taken. (4) If a water distribution licensee knows or has reason to believe that the supply of water is unsafe for the purposes of normal supply to the public or poses a health risk to the public and fails toβ€” (a) temporarily cease the supply of water to any premises; or (b) reduce or divert wholly or in part any of its pipe or any part of its pipe, the water distribution licensee commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.

Malay text (authoritative)

Sekatan bekalan air

(1) Jika Suruhanjaya mendapati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau atas apa-apa alasan lain yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya pemegang lesen pengagihan air itu memotong bekalan air ke premis tersebut. (2) Pemegang lesen pengagihan air itu boleh, mengikut kehendak dan tatacara yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180β€” (a) memberhentikan secara sementara bekalan air ke manamana premis; atau (b) mengurangkan atau mengubah haluan secara keseluruhan atau sebahagiannya mana-mana paipnya atau mana-mana bahagian paipnya, bagi maksud menjalankan penyenggaraan dan pembaikan atau pengubahan perlu apa-apa sistem bekalan air atau sebahagian daripada sistem itu. (3) Walau apa pun subseksyen (2), jika pada pendapat pemegang lesen pengagihan air itu, bekalan air itu tidak selamat bagi maksud pembekalan biasa kepada orang awam atau menimbulkan risiko kesihatan kepada orang awam, maka pemegang lesen pengagihan air itu hendaklah dengan segera mengambil langkah-langkah di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai langkah-langkah yang diambil itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan. (4) Jika pemegang lesen pengagihan air mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa bekalan air tidak selamat bagi maksud pembekalan biasa kepada orang awam atau menimbulkan risiko kesihatan kepada orang awam dan tidakβ€” (a) memberhentikan secara sementara bekalan air ke manamana premis; atau (b) mengurangkan atau mengubah haluan secara keseluruhan atau sebahagiannya mana-mana paipnya atau mana-mana bahagian paipnya, pemegang lesen pengagihan air itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 2 β†’

Find Act 655 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next