My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 60

Water Services Industry Act 2006 s 60

s 60 Unauthorized connection to public sewer, etc.

(1) No person shall, without the prior written permission of the Commission— (a) make or cause or permit any private connection pipe, drain or sewer to connect directly or indirectly to any public sewer or public sewage treatment works; or (b) close up, obstruct, stop or deviate any public sewer. (2) The Commission may— (a) order any person contravening subsection (1) to discontinue the use of, or demolish or otherwise remove, any obstruction, private connection pipe, drain or sewer in contravention of that subsection; or (b) demolish or otherwise remove the obstruction, private connection pipe, drain or sewer and recover the expenses incurred in doing so from the person. (3) The Commission may refuse to permit any person to make a connection to any public sewer or public sewage treatment works if— (a) the public sewer or public sewage treatment works do not or will not have the necessary capability or capacity to receive the sewage which will be discharged through the proposed connection; or (b) it appears to the Commission that the mode of construction or the condition of the public sewer or public sewage treatment works is such that the making of the connection is likely to be prejudicial to the public sewerage system. (4) A person who contravenes subsection (1) or fails to comply with an order issued under subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Sambungan yang tidak dibenarkan ke pembetung awam, dsb.

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Suruhanjaya— (a) menjadikan atau menyebabkan atau membenarkan manamana paip sambungan persendirian, parit atau pembetung disambungkan secara langsung atau tidak langsung ke mana-mana pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam; atau (b) menutup, menghalang, menyekat atau melencongkan manamana pembetung awam. (2) Suruhanjaya boleh— (a) memerintahkan mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) supaya berhenti menggunakan, atau merobohkan atau selainnya membuang, apa-apa halangan, paip sambungan persendirian, parit atau pembetung yang berlanggaran dengan subseksyen itu; atau (b) merobohkan atau selainnya membuang halangan, paip sambungan persendirian, parit atau pembetung itu dan mendapatkan belanja yang dilakukan ketika berbuat demikian daripada orang itu. (3) Suruhanjaya boleh enggan membenarkan mana-mana orang membuat sambungan ke mana-mana pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam jika— (a) pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam itu tidak atau tidak akan mempunyai keupayaan atau daya muatan yang diperlukan untuk menerima kumbahan yang akan dilepaskan melalui sambungan yang dicadangkan itu; atau (b) Suruhanjaya mendapati bahawa cara pembinaan atau keadaan pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam itu adalah sedemikian rupa sehingga pembuatan sambungan itu mungkin menjejaskan sistem pembetungan awam itu. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next