My bookmarksSign up free
← Water Services Industry Act 2006

Water Services Industry Act 2006 s 65

Water Services Industry Act 2006 s 65

s 65 Duty to operate and maintain private sewerage system, etc.

(1) The owner, management corporation or occupier of any premises having a private sewerage system or septic tank shall— (a) grant the service licensee or permit holder adequate access to the septic tank for the purpose of enabling the septic tank to be serviced and desludged; (b) cause the private sewerage system, septic tank, the private connection pipe, individual internal sewerage piping, common internal sewerage piping and all accessories thereto to be so maintained and kept as not to be a nuisance or harmful to health; (c) cause the septic tank to be desludged and, in the case of a private sewerage system, to be serviced or maintained by a service licensee or permit holder at such intervals and in such manner as may be prescribed; and (d) grant the service licensee or permit holder adequate access to the private sewerage system for the purposes of enabling the private sewerage system to be inspected, serviced or maintained. (2) The owner, management corporation or occupier of any premises, as the case may be, shall be solely responsible for the maintenance, refurbishment or replacement of the individual internal sewerage piping or the common internal sewerage piping. (3) A person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Kewajipan untuk mengendalikan dan menyenggarakan sistem pembetungan persendirian, dsb.

(1) Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni manamana premis yang mempunyai sistem pembetungan persendirian atau tangki septik hendaklah— (a) memberikan pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit akses yang mencukupi kepada tangki septik itu bagi maksud membolehkan tangki septik itu diservis dan dinyahenap cemar; (b) menyebabkan supaya sistem pembetungan persendirian, tangki septik, paip sambungan persendirian, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama dan segala alat tambahannya disenggarakan dan dijaga supaya tidak menjadi kacau ganggu atau memudaratkan kesihatan; (c) menyebabkan supaya tangki septik itu dinyahenap cemar dan, dalam hal suatu sistem pembetungan persendirian, untuk diservis atau disenggarakan oleh pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit pada apa-apa lat tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan; dan (d) memberikan pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit akses yang mencukupi kepada sistem pembetungan persendirian itu bagi maksud membolehkan sistem pembetungan persendirian itu diperiksa, diservis atau disenggarakan. (2) Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi penyenggaraan, pembaikpulihan atau penggantian perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next