s 66 Penalty in respect of nuisance, etc., caused by private sewerage system or septic tanks
(1) The owner of or management corporation responsible for—
(a) any private sewerage system or septic tank which is so foul or is in such a state or so situate as to be a nuisance or a danger to health; or
(b) any premises which is not ventilated in such manner as to render harmless as far as practicable any gas, vapour, dust or other impurity that is harmful to health generated from that private sewerage system or septic tank,
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(2) The Commission may direct the owner or the management corporation or, if the owner or management corporation cannot with reasonable diligence be traced, the occupier of the premises where the private sewerage system or septic tank is located or situated on, to abate such nuisance, harm or danger.
(3) If the owner, management corporation or occupier fails to comply with the direction of the Commission under subsection (2), the Commission or any person authorized by the Commission may abate such nuisance, harm or danger and the expenses incurred by the Commission or the authorized person shall be borne by the owner, management corporation or occupier.
Malay text (authoritative)
Penalti berkenaan dengan kacau ganggu, dsb., yang disebabkan oleh sistem pembetungan persendirian atau tangki septik
(1) Pemilik atau perbadanan pengurusan yang bertanggungjawab bagi—
(a) mana-mana sistem pembetungan persendirian atau tangki septik yang sebegitu kotor atau yang berada dalam keadaan atau terletak sedemikian rupa sehingga menjadi kacau ganggu atau berbahaya kepada kesihatan; atau
(b) mana-mana premis yang tidak dialihudarakan mengikut cara yang menjadikan tidak memudaratkan setakat yang dapat dilaksanakan apa-apa gas, wap, debu atau kekotoran lain yang memudaratkan kesihatan yang dikeluarkan dari sistem pembetungan persendirian atau tangki septik itu,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Suruhanjaya boleh mengarahkan pemilik atau perbadanan pengurusan atau, jika pemilik atau perbadanan pengurusan itu tidak dapat dikesan dengan usaha yang munasabah, penghuni premis di mana sistem pembetungan persendirian atau tangki septik itu ditempatkan atau berada, untuk memberhentikan kacau ganggu, kemudaratan atau bahaya itu.
(3) Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni itu tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh memberhentikan kacau ganggu, kemudaratan atau bahaya sedemikian dan belanja yang dilakukan oleh Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa itu hendaklah ditanggung oleh pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni itu.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).