(1) The Chairman or any other member of the Appeal Tribunal may at any time resign his office by giving a written notice to the Minister.
(2) The Minister may at any time revoke the appointment of the Chairman or any other member of the Appeal Tribunal if—
(a) he is of unsound mind or otherwise incapable of performing his duties or managing his affairs;
(b) he becomes bankrupt or insolvent;
(c) he is prohibited from being a director of a company under the provisions of any written law relating to companies;
(d) he has been convicted of an offence under any law by a court in Malaysia;
(e) he is guilty of serious misconduct in relation to his duties;
(f) he fails to comply with his obligations under section 96; or
(g) his performance has been unsatisfactory for a significant period of time.
Malay text (authoritative)
Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan
(1) Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.
(2) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain jika —
(a) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;
(b) dia menjadi bankrap atau tidak solven;
(c) dia dilarang menjadi pengarah syarikat di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat;
(d) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang oleh suatu mahkamah di Malaysia;
(e) dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan tugasnya;
(f) dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 96; atau
(g) prestasinya tidak memuaskan selama suatu tempoh masa yang ketara.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).