Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 10
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 10 Extraordinary general meeting
(1) A general meeting other than the annual general meeting shall be known as an extraordinary general meeting.
(2) The Body—
(a) shall convene an extraordinary general meeting upon a requisition in writing made by the purchasers who are together entitled to at least one-quarter of the total number of parcels registered under section 12;
(b) shall convene an extraordinary general meeting upon receiving a direction in writing from the Commissioner for the transaction of such business as the Commissioner may direct; and
(c) may convene an extraordinary general meeting on such other occasion as the Body thinks fit.
(3) Where the Commissioner is satisfied that the Body has not been properly constituted, he may authorize in writing any purchaser to convene an extraordinary general meeting for such purposes as may be approved by the Commissioner.
Malay text (authoritative)
Mesyuarat agung luar biasa
(1) Suatu mesyuarat agung selain mesyuarat agung tahunan hendaklah dikenali sebagai mesyuarat agung luar biasa.
(2) Badan—
(a) hendaklah mengadakan mesyuarat agung luar biasa atas rekuisisi bertulis yang dibuat oleh pembeli yang samasama berhak ke atas sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah bilangan petak yang didaftarkan di bawah seksyen 12;
(b) hendaklah mengadakan mesyuarat agung luar biasa apabila menerima suatu arahan secara bertulis daripada Pesuruhjaya bagi menjalankan urusan sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya; dan
(c) boleh mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa mengenai apa-apa hal yang difikirkan patut oleh Badan.
(3) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa Badan itu tidak ditubuhkan dengan sewajarnya, dia boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pembeli untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Pesuruhjaya.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 663 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).