Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 15
Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 15
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 15 Dissolution of Joint Management Body
(1) The Body shall be deemed to be dissolved three months from the date of the first meeting of the management corporation for the building.
(2) The Body shall—
(a) not later than one month from the date of the first meeting of the management corporation, hand over to the management corporation—
(i) the house rules;
(ii) the audited accounts of the Building Maintenance Fund or, if such accounts have not been audited, the unaudited accounts;
(iii) all the assets and liabilities of the Body; and
(iv) records related to and necessary for the maintenance of the building and its common property; and
(b) if only unaudited accounts have been handed over under subparagraph (a)(ii); not later than three months from the date of the first meeting of the management corporation, hand over to the management corporation the audited accounts of the Body.
(3) If the Body fails to comply with this section, every member of the Body commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit and shall also be liable to a further fine not exceeding one thousand ringgit for every day during which the offence is continued after conviction.
(4) Where an offence under this section has been committed by the Body, every member of the Body shall be deemed to have also committed that offence unless, having regard to all the circumstances, he proves—
(a) that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and
(b) that he had taken all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence.
Malay text (authoritative)
Pembubaran Badan Pengurusan Bersama
(1) Badan hendaklah disifatkan telah dibubarkan tiga bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan bagi bangunan itu.
(2) Badan hendaklah—
(a) tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan, menyerahkan kepada perbadanan pengurusan—
(i) kaedah-kaedah dalaman;
(ii) akaun teraudit Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diauditkan;
(iii) segala aset dan liabiliti Badan; dan
(iv) rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi penyenggaraan bangunan dan harta bersamanya; dan
(b) jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan di bawah subperenggan (a)(ii); tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan, menyerahkan kepada perbadanan pengurusan itu akaun yang diauditkan bagi Badan itu.
(3) Jika Badan gagal mematuhi seksyen ini, tiap-tiap anggota Badan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
(4) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh Badan, maka tiap-tiap anggota Badan itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira segala hal keadaan, dia membuktikan—
(a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan
(b) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).