Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 22
Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 22
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 22 Building Maintenance Fund
(1) Any surplus moneys in the Building Maintenance Account after payment of all the expenditure which have been properly charged to the Building Maintenance Account shall be transferred to the Body by the developer not later than one month from the
date of establishment of the Body, and such moneys shall constitute a fund to be known as the “Building Maintenance Fund” which shall be maintained by the Body.
(2) The Building Maintenance Fund shall be administered and controlled by the Body and shall consist of—
(a) all or any part of the maintenance charges for the building imposed by or payable to the Body under this Act;
(b) all moneys derived from the sale, disposal, lease or hire of, or any other dealing with, any property, mortgages, charges or debentures vested in or acquired by the Body;
(c) all other moneys and property which may in any manner become payable to or vested in the Body in respect of any matter incidental to its functions and powers; and
(d) all other moneys lawfully received by the Body, including interest, donation and trust.
(3) The Building Maintenance Fund shall be used solely for the purposes of—
(a) ensuring that the common property of the building is in a state of good repair and maintaining the common property;
(b) paying for the expenses incurred in providing cleaning services for the common property, security services and amenities for the occupiers of the building;
(c) paying any premiums for the insurance of the building against damage by fire and other risks;
(d) carrying out periodical inspection on the safety of the building in the manner as specified in and under the Street, Drainage and Building Act 1974 [Act 133];
(e) cleaning premises including white-washing, colour washing or painting of the common property;
(f) carrying out inspection of all electrical wiring systems of the common property and replacing any faulty wiring systems, if any;
(g) carrying out inspection, maintenance and repair of the main water tank;
(h) paying rent and rates, if any;
(i) paying any fee incurred for the auditing of the Building Maintenance Fund;
(j) paying all charges reasonably incurred for the administration of the Building Maintenance Fund as may be determined by the Commissioner;
(k) paying the remuneration or fees of the managing agent appointed under section 25;
(l) paying any expenditure lawfully incurred by the Body;
(m) paying for the allowances and other expenses of the members of the Body and members of the Committee according to such rates as may be approved by the Commissioner;
(n) paying any expenses, costs or expenditure in relation to the procurement of goods or services, including but not limited to the engagement of consultants, legal fees or costs and other fees and costs, properly incurred or accepted by the Body in the performance of the Body’s functions and the exercise of its powers under this Act;
(o) purchasing or hiring equipment, machinery and any other material, acquiring land and any assets, and erecting buildings, and carrying out any other works and undertakings in the performance of the Body’s functions and the exercise of its powers under this Act;
(p) paying any expenses for carrying into effect the provisions of this Act; and
(q) doing generally all things necessary for the maintenance and management of the common property.
(4) For the purpose of this section, if the Body has not been established, references to the “Body” shall be construed as references to the “developer”.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan
(1) Apa-apa wang lebihan dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan selepas pembayaran segala perbelanjaan yang dicajkan dengan sepatutnya pada Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah dipindahkan kepada Badan oleh pemaju tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh penubuhan Badan itu, dan wang itu hendaklah membentuk suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai “Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan” yang hendaklah disenggarakan oleh Badan itu.
(2) Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Badan dan hendaklah terdiri daripada—
(a) kesemua atau mana-mana bahagian caj penyenggaraan bagi bangunan itu yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Badan di bawah Akta ini;
(b) segala wang yang didapati daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain dengan, mana-mana harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau diperoleh oleh Badan;
(c) segala wang lain dan harta yang boleh mengikut apaapa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Badan itu berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan
(d) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Badan, termasuk bunga, derma dan amanah.
(3) Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud—
(a) memastikan bahawa harta bersama bangunan berada dalam keadaan yang baik dan menyenggarakan harta bersama itu;
(b) membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama itu, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan itu;
(c) membayar apa-apa premium bagi insurans bangunan itu terhadap kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan risiko lain;
(d) menjalankan pemeriksaan berkala ke atas keselamatan bangunan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam dan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133];
(e) pembersihan premis termasuklah mengecat kapur, mengecat warna atau mengecat harta bersama;
(f) menjalankan pemeriksaan segala sistem pendawaian elektrik harta bersama itu dan menggantikan mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada;
(g) menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama;
(h) membayar sewa dan kadar, jika ada;
(i) membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan;
(j) membayar segala caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya;
(k) membayar saraan atau fi ejen pengurusan yang dilantik di bawah seksyen 25;
(l) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Badan itu;
(m) membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Badan dan anggota Jawatankuasa mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya;
(n) membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau belanja berhubung dengan pemerolehan barang-barang atau perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengambilan kerja pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sewajarnya atau diterima oleh Badan dalam pelaksanaan fungsi Badan dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(o) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apaapa bahan lain, mengambil tanah dan apa-apa aset, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsi Badan dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(p) membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini; dan
(q) melakukan pada amnya segala perkara yang perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
(4) Bagi maksud seksyen ini, jika Badan belum ditubuhkan, sebutan mengenai “Badan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pemaju”.
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).