My bookmarksSign up free
← Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007

Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 28

Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 28

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 28 Powers and duties of managing agent

(1) Where a managing agent has been appointed under section 25, the managing agent shall have control over the moneys in the Building Maintenance Account or Building Maintenance Fund. (2) Subject to the general direction of the Commissioner, the managing agent appointed shall perform the duties and exercise the powers with regard to the maintenance and management of the building as if he was acting as the developer or the Body. (3) It shall be the duty of a managing agent to pay all moneys received by him in his capacity as managing agent into the Building Maintenance Account or Building Maintenance Fund of that building within two working days of receiving the moneys. (4) As soon as practicable after his appointment, but in any case not later than one month after his appointment, a managing agent shall prepare and submit to the Commissioner a statement showing as at the date of his appointment— (a) the moneys standing to the credit of the Building Maintenance Account or Building Maintenance Fund; (b) the amounts due and owing by the purchasers which are due to be paid to the Building Maintenance Account or Building Maintenance Fund; (c) any income derived from the common property of the building which is due to be paid to the Building Maintenance Account or Building Maintenance Fund; (d) any sum accrued for the maintenance and management of the building, which is authorized to be paid out of the Building Maintenance Account or Building Maintenance Fund; and which remains unpaid. (5) A managing agent who contravenes subsection (3) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa dan tugas ejen pengurusan

(1) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik di bawah seksyen 25, ejen pengurusan itu hendaklah mempunyai kawalan ke atas wang dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan. (2) Tertakluk kepada arahan am Pesuruhjaya, ejen pengurusan yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa berkenaan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan seolah-olah dia bertindak sebagai pemaju atau Badan. (3) Menjadi kewajipan seseorang ejen pengurusan untuk membayar segala wang yang diterima olehnya atas sifatnya sebagai ejen pengurusan ke dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan bagi bangunan itu dalam masa dua hari kerja dari penerimaan wang itu. (4) Secepat yang dapat dilaksanakan selepas pelantikannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada satu bulan selepas pelantikannya, seseorang ejen pengurusan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Pesuruhjaya suatu penyata yang menunjukkan setakat pada tarikh pelantikannya— (a) wang yang ada dalam kredit Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan; (b) amaun yang kena dibayar dan terhutang oleh pembeli yang kena dibayar kepada Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan; (c) apa-apa pendapatan yang didapati daripada harta bersama bangunan yang kena dibayar kepada Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan; (d) apa-apa jumlah wang yang terakru bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan, yang dibenarkan dibayar daripada Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan; dan yang masih belum dibayar. (5) Seseorang ejen pengurusan yang melanggar subseksyen (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 663 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next