Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 30
Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 30
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 30 Termination of management agreement
(1) Upon the termination of a management agreement entered into under subsection 25(2), the managing agent shall—
(a) not later than one month from such termination, prepare and submit to the Commissioner the unaudited accounts of the Building Maintenance Account or Building Maintenance Fund, as the case may be, and hand over
to the Commissioner a complete list of the assets and liabilities of the Building Maintenance Fund or Building Maintenance Account and records related to and necessary for the maintenance and management of the building; and
(b) not later than three months from such termination, submit to the Commissioner the audited accounts of the Building Maintenance Fund or Building Maintenance Account.
(2) Any person who fails to comply with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one month or to both.
(3) In the event of the termination of the management agreement, the Commissioner may appoint another managing agent to maintain and manage the building for a period to be specified by the Commissioner.
Malay text (authoritative)
Penamatan perjanjian pengurusan
(1) Apabila perjanjian pengurusan yang dibuat di bawah subseksyen 25(2) tamat, ejen pengurusan hendaklah—
(a) tidak lewat daripada satu bulan dari penamatan itu, menyediakan dan mengemukakan akaun yang belum diauditkan bagi Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Pesuruhjaya dan menyerahkan suatu senarai lengkap aset dan liabiliti
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan atau Akaun Penyenggaraan Bangunan itu dan rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu kepada Pesuruhjaya; dan
(b) tidak lewat daripada tiga bulan dari penamatan itu, mengemukakan akaun yang diauditkan bagi Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan atau Akaun Penyenggaraan Bangunan kepada Pesuruhjaya.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
(3) Sekiranya perjanjian pengurusan tamat, Pesuruhjaya boleh melantik seorang ejen pengurusan yang lain untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan itu selama tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).