Labuan Native Title Act 2007 s 17
s 17 Sales by encumbrancers
(1) Subject to subsection (2), if any native holding included in the Native Title Register is encumbered, such holding may be sold at the instance of the encumbrancer under the provisions of any law in force for the time being.
(2) No such holding shall be sold to any non-native if at the date of the registration of the encumbrance, the sole proprietor or such of the co-proprietors of such land was a native and such holding was at such date included in the Native Title Register after the commencement of this Act.
(3) In this section, an βencumbranceβ includes a charge, a caveat in support of a lien by deposit of document of title, an attachment in execution of a decree or other order of court and an attachment before judgement and an βencumbrancerβ includes a chargee, a caveator who has caused to be registered such caveat as aforesaid, an attaching creditor and a plaintiff who has obtained an attachment before judgement.
Malay text (authoritative)
Penjualan oleh pembeban
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika mana-mana pegangan anak negeri yang dimasukkan dalam Daftar Hakmilik Anak Negeri dibebankan, pegangan itu boleh dijual atas kehendak pembeban di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini.
(2) Tiada pegangan sedemikian boleh dijual kepada mana-mana bukan anak negeri jika pada tarikh pendaftaran bebanan itu, tuan punya tunggal atau mana-mana tuan punya bersama tanah itu ialah seorang anak negeri dan pegangan itu adalah pada tarikh itu dimasukkan dalam Daftar Hakmilik Anak Negeri selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3) Dalam seksyen ini, sesuatu βbebananβ termasuklah gadaian, kaveat yang menyokong lien melalui pendepositan dokumen hakmilik, penahanan dalam pelaksanaan sesuatu dekri atau perintah lain mahkamah dan penahanan sebelum penghakiman dan βpembebanβ termasuklah pemegang gadaian, pengkaveat yang telah menyebabkan didaftarkan kaveat itu seperti yang disebut terdahulu, pemiutang yang menahan dan plaintif yang memperoleh penahanan sebelum penghakiman.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 667 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).