My bookmarksSign up free
← Labuan Native Title Act 2007

Labuan Native Title Act 2007 s 2

Labuan Native Title Act 2007 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “native” has the same meaning assigned to it in section 2 of the Interpretation (Definition of Native) Ordinance 1952 [Sabah Cap. 64] as applicable to the Federal Territory of Labuan by virtue of the Federal Territory of Labuan (Modification of Interpretation (Definition of Native) Ordinance) Order 1984 [P.U. (A) 171/1984]; “statutory body” means the Federal statutory body; “Native Title Register” means the Native Title Register referred to in section 5; “Land Executive Committee” means the Land Executive Committee of the Federal Territory of Labuan established under subsection 12(1) of the Code; “Code” means the National Land Code [Act 56/1965] as extended and applicable to the Federal Territory of Labuan by virtue of section 7 of the Constitution (Amendment) (No. 2) Act 1984 [Act A585]; “native community” has the meaning assigned to “native” in section 2 of the Interpretation (Definition of Native) Ordinance 1952 as applicable to the Federal Territory of Labuan by virtue of the Federal Territory of Labuan (Modification of Interpretation (Definition of Native) Ordinance) Order 1984; “High Court” means the High Court in Sabah and Sarawak; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for land in the Federal Territory of Labuan; “Land Ordinance” means the Land Ordinance of Sabah [Cap. 68] as applicable to the Federal Territory of Labuan by virtue of the Federal Territory of Labuan (Modification of Land Ordinance) Order 1984 [P.U. (A) 291/1984]; “native holding” means any land registered in the name of a native; “Registrar” means the Registrar of Titles appointed under subsection 12(1b) of the Code and includes a Deputy Registrar of Title; “State Director” means the Director of Lands and Mines of the Federal Territory of Labuan appointed under subsection 12(1b) of the Code and includes a Deputy Director of Lands and Mines; “Native Reserve” means the Native Reserve referred to in section 25; “federal land” means any land in the Federal Territory of Labuan that has not been disposed of in any manner; “Federal Territory of Labuan” means the Federal Territory of Labuan as described under section 2 of the Constitution (Amendment) (No. 2) Act 1984 [Act A585]. (2) For the purposes of this Act, a company, cooperative society or society shall, if and so long as every member of the company, cooperative society or society is a native, be deemed to be a native, notwithstanding the definition of “native” in this section.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anak negeri” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri) 1952 [Sabah Bab 64] sebagaimana terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan menurut kuasa Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri)) 1984 [P.U. (A) 171/1984]; “badan berkanun” ertinya badan berkanun Persekutuan; “Daftar Hakmilik Anak Negeri” ertinya Daftar Hakmilik Anak Negeri yang disebut dalam seksyen 5; “Jawatankuasa Kerja Tanah” ertinya Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1) Kanun; “Kanun” ertinya Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] sebagaimana yang diperluas dan terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan menurut kuasa seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585]; “komuniti anak negeri” mempunyai erti yang diberikan kepada “anak negeri” dalam seksyen 2 Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri) 1952 sebagaimana terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan menurut kuasa Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri))1984; “Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tanah di Wilayah Persekutuan Labuan; “Ordinan Tanah” ertinya Ordinan Tanah Sabah [Bab 68] sebagaimana terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan menurut kuasa Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Ubah Suaian Ordinan Tanah) 1984 [P.U. (A) 291/1984]; “pegangan anak negeri” ertinya mana-mana tanah yang didaftarkan atas nama seseorang anak negeri; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Hakmilik yang dilantik di bawah subseksyen 12(1b) Kanun dan termasuklah Timbalan Pendaftar Hakmilik; “Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik di bawah subseksyen 12(1b) Kanun dan termasuklah Timbalan Pengarah Tanah dan Galian; “Rizab Anak Negeri” ertinya Rizab Anak Negeri yang disebut dalam seksyen 25; “tanah persekutuan” ertinya mana-mana tanah di Wilayah Persekutuan Labuan yang belum dilupuskan mengikut apa-apa cara; “Wilayah Persekutuan Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diperihalkan di bawah seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585]. (2) Bagi maksud Akta ini, sesuatu syarikat, koperasi atau pertubuhan hendaklah, jika dan selagi tiap-tiap anggota syarikat, koperasi atau pertubuhan itu merupakan anak negeri, disifatkan sebagai anak negeri, walau apa pun takrif “anak negeri” dalam seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 667 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next