My bookmarksSign up free
← Youth Societies and Youth Development Act 2007

Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 2

Youth Societies and Youth Development Act 2007 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “youth activity” means any activity involving the youth whose objectives include the following: (a) to build youth character; (b) to develop patriotism among youths; (c) to spread the principles of the Rukun Negara; (d) to create the awareness among youth against negative element and values; (e) to enable youth awareness of culture, the environment, sports, health, spirituality and social welfare; (f) to provide opportunities for youth participation in urban and rural community development programmes; (g) to provide opportunities for training in leadership, skills and entrepreneurship; and (h) to assist the youth to adapt and form positive attitudes in facing the challenges and exigencies of life through the use of educational and life skills components; “main body of youth societies at the national level” means a youth society registered under this Act and recognized as the main body of youth societies at the national level under section 49; “youth” means a person not less than fifteen years and not more than forty years old; “Institute” means the Malaysian Institute For Research In Youth Development established under section 55; “head” includes President, Yang Dipertua, Chairman or any supreme position which refers to a highest ranking office in youth societies; “Director General” means the Director General responsible for youth appointed under subsection 3(1); “Board” means the Board of Directors of the Institute established under section 59; “Council” means the National Youth Consultative Council established under section 35; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for youth affairs; “Panel” means the Dispute Resolution Panel under section 29; “office-bearers” means any person who is the president or vicepresident, or secretary or treasurer of such society or any branch of a society, or who is a member of the committee or governing body thereof, or of any branch thereof or who holds in such society or branch of a society any office or position analogous to any of those mentioned above; “Registrar” means the Registrar of Youth Societies appointed under subsection 4(1); “society” includes any club, company, partnership, or association of seven or more persons whatever its nature or object, whether temporary or permanent, but does not include— (a) any company registered under the provisions of any written law relating to companies for the time being in force in Malaysia; (b) any company or association constituted under any written law; (c) any trade union registered or required to be registered under the provisions of any written law relating to trade unions for the time being in force in Malaysia; (d) any company, association or partnership formed for the sole purpose of carrying on any lawful business that has for its object the acquisition of gain by the company, association or partnership, or by individual members thereof; (e) any co-operative society, registered as such, under any written law; (f) any organization or association which has been granted a certificate by a person or authority appointed under the provisions of a written law for the time being in force relating to the registration of schools and that such organization or association forms part of the curriculum of a school; or (g) any school, management committee of a school, parents association or parents and teachers association registered or exempted from registration under any law for the time being in force regulating schools; “youth society” means any society having the following criteria: (a) has a name which contains the word “youth” or a word which has similar or like meaning to the youth; (b) all the members who shall not be less than the ages of fifteen years and not more than forty years old or any affiliated or group of societies whose members shall not be less than fifteen years and not more than forty years old; and (c) has the objective to conduct youth activities; “registered youth societies” means a youth society which is registered under subsection 9(1).

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aktiviti belia” ertinya apa-apa aktiviti melibatkan belia yang antara objektifnya termasuklah yang berikut: (a) untuk membina peribadi belia; (b) untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia; (c) untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukun Negara; (d) untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif; (e) untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial; (f) untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar; (g) untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan; dan (h) untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup; “badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan” ertinya suatu pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta ini dan diiktiraf sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan di bawah seksyen 49; “belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun; “Institut” ertinya Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 55; “ketua” termasuklah Presiden, Yang Dipertua, Pengerusi atau apa-apa kedudukan tertinggi yang merujuk kepada jawatan teratas dalam pertubuhan belia; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang bertanggungjawab bagi belia yang dilantik di bawah subseksyen 3(1); “Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Institut yang ditubuhkan di bawah seksyen 59; “Majlis” ertinya Majlis Perundingan Belia Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 35; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal belia; “Panel” ertinya Panel Penyelesaian Pertikaian di bawah seksyen 29; “pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang menjadi presiden atau naib presiden, atau setiausaha atau bendahari sesuatu pertubuhan atau mana-mana cawangan pertubuhan, atau yang menjadi anggota jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhannya, atau mana-mana cawangannya atau yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam pertubuhan itu atau cawangan sesuatu pertubuhan yang sama dengan mana-mana yang tersebut di atas; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Pertubuhan Belia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1); “pertubuhan” termasuklah mana-mana kelab, syarikat, perkongsian, atau persatuan tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal, yang mengandungi tujuh orang atau lebih tetapi tidak termasuk— (a) mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang sedang berkuat kuasa di Malaysia; (b) mana-mana syarikat atau persatuan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (c) mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kesatuan sekerja yang sedang berkuat kuasa di Malaysia; (d) mana-mana syarikat, persatuan atau perkongsian yang ditubuhkan bagi maksud semata-mata untuk menjalankan apa-apa urusan yang sah di sisi undang-undang yang mempunyai objek untuk memperoleh keuntungan oleh syarikat, persatuan atau perkongsian itu, atau oleh anggota-anggota perseorangannya; (e) mana-mana koperasi, yang didaftar sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (f) mana-mana organisasi atau persatuan yang telah diberi suatu perakuan oleh seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang dilantik di bawah peruntukan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran sekolah dan bahawa organisasi atau persatuan itu menjadi sebahagian daripada kurikulum sesuatu sekolah; atau (g) mana-mana sekolah, jawatankuasa pengurusan sesuatu sekolah, persatuan ibu bapa atau persatuan ibu bapa dan guru yang didaftarkan atau dikecualikan daripada pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang mengawal sekolah; “pertubuhan belia” ertinya mana-mana pertubuhan yang mempunyai ciri-ciri yang berikut: (a) mempunyai nama yang mengandungi perkataan “belia” atau suatu perkataan yang mempunyai pengertian yang seumpama atau sama dengan belia; (b) kesemua anggotanya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun atau mana-mana gabungan atau kumpulan pertubuhan yang keanggotaannya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun; dan (c) mempunyai objektif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belia; “pertubuhan belia berdaftar” ertinya suatu pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah subseksyen 9(1).

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 668 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next