My bookmarksSign up free
← Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 30

Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 30

s 30 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such enquiry as the Magistrate considers necessary, that there is reasonable cause to believe thatβ€” (a) any premises or conveyance has been used or is about to be used for; or (b) there is in any premises or conveyance evidence necessary to the conduct of an investigation into, the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing any enforcement officer named therein, at any reasonable time, by day or by night, to enter the premises or conveyance. (2) A warrant issued under subsection (1) may authorise the enforcement officer toβ€” (a) search the premises or conveyance for, and to seize or remove from the premises or conveyance, any moveable property, book, record, report or document, or any human organ that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence; and (b) make copies of, or take extracts from any book, record, report or document found in the premises or conveyance. (3) An enforcement officer entering any premises or conveyance under this section may take with him such other persons or equipment as may appear to him to be necessary. (4) An enforcement officer may, in the exercise of his powers under this section, if necessaryβ€” (a) break open any outer or inner door of the premises or conveyance or any obstruction to the premises or conveyance in order to effect entry into the premises or conveyance; (b) remove by force any obstruction to entry, search, seizure or removal as he is empowered to effect under this section; and (c) detain any person found in the premises or conveyance until the search has been completed. (5) Where, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any moveable property, book, record, report or document or any human organ seized under this section, the enforcement officer shall, by any means, seal such moveable property, book, record, report or document or any human organ in the premises or conveyance in which it is found. (6) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (5) or removes the moveable property, book, record, report or document or any human organ under seal, or attempts to do so, commits an offence.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawaβ€” (a) mana-mana premis atau pengangkut telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau (b) ada di dalam mana-mana premis atau pengangkut keterangan yang perlu bagi menjalankan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, sama ada pada waktu siang atau malam, untuk memasuki premis atau pengangkut itu. (2) Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa untukβ€” (a) menggeledah premis atau pengangkut itu, dan untuk menyita atau mengalihkan dari premis atau pengangkut itu, apa-apa harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen, atau apa-apa organ manusia, yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; dan (b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada manamana buku, rekod, laporan atau dokumen yang dijumpai di premis atau pengangkut itu. (3) Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis atau pengangkut di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu. (4) Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perluβ€” (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis atau pengangkut itu atau apa-apa halangan kepada premis atau pengangkut itu untuk masuk ke dalam premis atau pengangkut itu; (b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; dan (c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai. (5) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau apa-apa organ manusia yang disita di bawah seksyen ini, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau apa-apa organ manusia itu dalam premis atau pengangkut yang di dalamnya ia dijumpai. (6) Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau mengalihkan harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau apa-apa organ manusia yang dilak, atau cuba berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 670 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next