Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 31
Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 s 31
s 31 Search and seizure without warrant
(1) Where an enforcement officer has reasonable grounds to believe that by reason of delay in obtaining a search warrant under section 30, the investigation would be adversely affected or evidence of the commission of an offence is likely to be tampered with, removed, damaged or destroyed, he may, without warrant, with such assistance and force as is necessary—
(a) enter and search any premises;
(b) stop and search any conveyance or person;
(c) seize and detain such conveyance, moveable property, book, record, report or document or human organ; or
(d) inspect, make copies of or take extract from any book, record, report or document found in the premises or conveyance.
(2) In exercising his powers under this section, an enforcement officer shall have all the powers conferred upon him under subsections 30(3), (4) and (5).
Malay text (authoritative)
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
(1) Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 30, penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—
(a) memasuki dan menggeledah mana-mana premis;
(b) memberhentikan dan memeriksa mana-mana pengangkut atau orang;
(c) menyita dan menahan pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau organ manusia; atau
(d) memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, rekod, laporan atau dokumen yang dijumpai dalam premis atau pengangkut itu.
(2) Pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 30(3), (4) dan (5).
Text as at 1 November 2014 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).