My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 10

Capital Markets and Services Act 2007 s 10

s 10 Appointment of directors of exchange holding company, stock exchange and futures exchange

(1) In relation to an exchange holding company, a stock exchange or futures exchange other than a stock exchange or futures exchange that is referred to in subsection (2)— (a) one third of the number of directors on the board of such exchange holding company, stock exchange or futures exchange, as the case may be, shall be appointed by the Minister, in consultation with the Commission, to be public interest directors of the exchange holding company, stock exchange or futures exchange and, notwithstanding the provision of any other written law, such public interest directors so appointed— (i) shall have the same rights, powers, duties and obligations, liberties and privileges as any director of the exchange holding company, stock exchange or futures exchange; and (ii) shall hold office for a period specified by the Minister who may at any time revoke such an appointment; and (b) no person other than a public interest director referred to in paragraph (a) shall accept appointment or election as a director of the exchange holding company, stock exchange or futures exchange unless the concurrence of the Commission is obtained. (2) Notwithstanding the provisions of subsection (1), in relation to the board of a stock exchange or futures exchange that is a subsidiary of an exchange holding company, no person shall accept appointment or election as a director of such stock exchange or futures exchange unless the concurrence of the Commission is obtained. (3) The Minister shall, in consultation with the Commission, appoint one person from amongst the public interest directors so appointed under subsection (1) to be the non-executive Chairman of the board of the exchange holding company, a stock exchange or futures exchange, as the case may be, whose remuneration shall be determined by the board of the exchange holding company, stock exchange or futures exchange, as the case may be. (4) Where the concurrence of the Commission is required under subsection (1) or (2), the Commission may refuse to concur if— (a) any proposed director is an undischarged bankrupt, whether within or outside Malaysia; (b) a judgement debt against the proposed director has not been satisfied in whole or in part; (c) the proposed director has, whether within or outside Malaysia, entered into a compromise or scheme of arrangement with his creditors, being a compromise or scheme of arrangement that is still in operation; (d) the proposed director— (i) has been convicted, whether within or outside Malaysia, of an offence, involving fraud or dishonesty or the conviction for which involved a finding that he acted fraudulently or dishonestly; or (ii) has been convicted of an offence under the securities laws; or (e) the Commission is not satisfied that the proposed director is a person of integrity and is fit and proper to be a director. (5) For the purposes of subsection (1)— (a) the Minister may, on the recommendation of the Commission, reduce the number of public interest directors on the board of the exchange holding company, stock exchange or futures exchange, as the case may be; and (b) all public interest directors appointed under subsection (1) shall retire after a term of three years or on the expiry of the term specified by the Minister under subparagraph (1)(a)(ii) but are eligible for reappointment.

Malay text (authoritative)

Pelantikan pengarah syarikat pemegangan bursa, bursa saham dan bursa niaga hadapan

(1) Berhubung dengan suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan selain bursa saham atau bursa niaga hadapan yang disebut dalam subseksyen (2)— (a) satu pertiga daripada bilangan pengarah dalam lembaga syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik oleh Menteri, selepas berunding dengan Suruhanjaya, untuk menjadi pengarah berkepentingan awam syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan itu dan, walau apa pun peruntukan manamana undang-undang bertulis, pengarah berkepentingan awam yang dilantik sedemikian— (i) hendaklah mempunyai hak, kuasa, kewajipan dan obligasi, kebebasan dan keistimewaan yang sama dengan mana-mana pengarah syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan itu; dan (ii) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri yang boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan itu; dan (b) tiada seorang pun selain pengarah berkepentingan awam yang disebut dalam perenggan (a) boleh menerima pelantikan atau pemilihan sebagai pengarah suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan melainkan jika persetujuan Suruhanjaya telah diperoleh. (2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), berhubung dengan lembaga suatu bursa saham atau bursa niaga hadapan yang merupakan anak syarikat pemegangan bursa, tiada seorang pun boleh menerima pelantikan atau pemilihan sebagai pengarah bursa saham atau bursa niaga hadapan itu melainkan jika persetujuan Suruhanjaya telah diperoleh. (3) Menteri hendaklah, selepas berunding dengan Suruhanjaya, melantik seorang daripada kalangan pengarah berkepentingan awam yang dilantik di bawah subseksyen (1) sebagai Pengerusi bukan eksekutif lembaga syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang saraannya hendaklah ditetapkan oleh lembaga syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Jika persetujuan Suruhanjaya dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau (2), Suruhanjaya boleh enggan bersetuju jika— (a) mana-mana pengarah yang dicadangkan itu ialah bankrap yang belum dilepaskan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (b) hutang penghakiman terhadap pengarah yang dicadangkan itu tidak dijelaskan dengan sepenuhnya atau sebahagiannya; (c) pengarah yang dicadangkan itu telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa; (d) pengarah yang dicadangkan itu— (i) telah disabitkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atas suatu kesalahan, yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau yang pensabitannya melibatkan dapatan bahawa dia telah bertindak secara fraud atau tidak jujur; atau (ii) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti; atau (e) Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa pengarah yang dicadangkan itu ialah seorang yang berintegriti dan layak dan sesuai untuk menjadi seorang pengarah. (5) Bagi maksud subseksyen (1)— (a) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengurangkan bilangan pengarah berkepentingan awam dalam lembaga syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) semua pengarah berkepentingan awam yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah bersara selepas tempoh tiga tahun atau pada tarikh luput tempoh yang ditentukan oleh Menteri di bawah subperenggan (1)(a)(ii) tetapi layak untuk dilantik semula.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next