(1) A holder of a Capital Markets Services Licence shall—
(a) maintain, or cause to be maintained, in the national language or English language such accounting records and other books as will sufficiently explain the transactions and financial position of its business and enable true and
fair profit and loss accounts and balance sheets to be prepared from time to time; and
(b) maintain, or cause to be maintained, such accounting records and other books in such a manner as will enable them to be conveniently and properly audited.
(2) An entry in the accounting records and other books of a holder of a Capital Markets Services Licence required to be maintained in accordance with this section shall be deemed to have been made by, or with the authority of, the holder.
(3) A holder of a Capital Markets Services Licence shall retain such accounting records and other books as may be required to be maintained under this Act for a period of not less than seven years.
(4) A holder of a Capital Markets Services Licence shall—
(a) furnish such returns and records in such form and manner as may be specified by the Commission; and
(b) provide such information relating to its business as may be specified by the Commission.
(5) Without prejudice to the generality of subsection (1), every holder of a Capital Markets Services Licence shall maintain such accounting records and other books in such form and manner as may be specified by the Commission.
(6) A person who—
(a) contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit; or
(b) with intent to defraud, contravenes this section, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Subdivision 2 — Treatment of client’s assets in respect of securities
Malay text (authoritative)
Penyimpanan buku dan pemberian penyata
(1) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah—
(a) menyenggarakan, atau menyebabkan disenggarakan, dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris apa-apa rekod perakaunan dan buku lain yang akan menghuraikan dengan secukupnya transaksi dan kedudukan kewangan urusannya dan membolehkan akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang benar dan saksama disediakan dari semasa ke semasa; dan
(b) menyenggarakan, atau menyebabkan disenggarakan, apaapa rekod perakaunan dan buku lain mengikut cara yang akan membolehkannya diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
(2) Sesuatu kemasukan dalam rekod perakaunan dan buku lain pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang dikehendaki disenggarakan mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh, atau dengan kebenaran, pemegang itu.
(3) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah memegang simpan apa-apa rekod perakaunan dan buku lain sebagaimana yang dikehendaki disenggarakan di bawah Akta ini bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun.
(4) Pemegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah—
(a) memberikan apa-apa penyata dan rekod mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
(b) menyediakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusannya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(5) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah menyenggarakan apa-apa rekod perakaunan dan buku lain mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(6) Seseorang yang—
(a) melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
(b) dengan niat untuk memfraud, melanggar seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau keduaduanya.
Subpenggal 2—Perlakuan terhadap aset klien berkenaan dengan sekuriti
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).