My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 126

Capital Markets and Services Act 2007 s 126

s 126 Appointment of auditor

(1) This Subdivision applies to the business of a holder of a Capital Markets Services Licence, an exchange holding company, a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house, a central depository and a recognized self-regulatory organization. (2) A reference to a relevant person in this Subdivision shall be construed as a reference to persons referred to in subsection (1). (3) Notwithstanding the provisions of the Companies Act 1965, a relevant person shall appoint an auditor to carry out for the year in respect of which he is appointed an audit of the accounts of the relevant person. (4) A relevant person shall not appoint a person who is an associate of the relevant person as an auditor of any of its accounts. (5) A relevant person— (a) shall remove an auditor who becomes ineligible by virtue of subsection (4); and (b) may in any other case, with the Commission’s written consent, remove an auditor from office. (6) An auditor of a relevant person may resign from his office by giving a notice in writing to that effect to the Commission provided that such notice shall be accompanied by— (a) a statement of any circumstances connected with his ceasing to hold office which he considers should be brought to the attention of the Commission; or (b) if he considers that there are no such circumstances, a statement that there are none. (7) Notwithstanding any other provisions of this Act, the Commission may at any time remove an auditor appointed by a relevant person if the Commission is not satisfied with the manner in which the auditor is performing his duties.

Malay text (authoritative)

Pelantikan juruaudit

(1) Subpenggal ini terpakai bagi urusan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat dan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf. (2) Sebutan mengenai orang yang berkaitan dalam Subpenggal ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang disebut dalam subseksyen (1). (3) Walau apa pun peruntukan Akta Syarikat 1965, orang yang berkaitan hendaklah melantik seseorang juruaudit untuk menjalankan bagi tahun yang berkenaan dengannya dia dilantik suatu pengauditan akaun orang yang berkaitan itu. (4) Orang yang berkaitan tidak boleh melantik seseorang yang merupakan sekutu orang yang berkaitan itu sebagai juruaudit bagi mana-mana akaunnya. (5) Seseorang orang yang berkaitan— (a) hendaklah memecat seseorang juruaudit yang menjadi tidak layak menurut kuasa subseksyen (4); dan (b) boleh dalam apa-apa hal lain, dengan keizinan bertulis Suruhanjaya, memecat juruaudit daripada jawatan. (6) Juruaudit orang yang berkaitan boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang bermaksud sedemikian kepada Suruhanjaya dengan syarat bahawa notis itu hendaklah disertakan dengan— (a) suatu pernyataan tentang apa-apa hal keadaan yang berkaitan dengan pemberhentiannya untuk memegang jawatan yang pada pendapatnya patut dibawa kepada perhatian Suruhanjaya; atau (b) jika dia berpendapat bahawa tiada hal keadaan yang sedemikian, suatu pernyataan tentang ketiadaan hal keadaan itu. (7) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini, Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa memecat juruaudit yang dilantik oleh orang yang berkaitan jika Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan cara juruaudit itu melaksanakan kewajipannya.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next