My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 127

Capital Markets and Services Act 2007 s 127

s 127 Relevant person to lodge auditor’s report

(1) A relevant person shall, within three months after the close of each financial year, or such further period as the Commission may permit under subsection (2), lodge with the Commission, the auditor’s report containing information on such matters as may be specified. (2) Where an application for the extension of the period of three months specified in subsection (1) is made by a relevant person to the Commission and if the Commission is satisfied that there are special reasons for requiring the extension, the Commission may extend that period by a further period of not exceeding three months subject to such conditions as the Commission thinks fit to impose. (3) A relevant person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (4) For the purposes of subsection (1), “financial year”, in relation to a relevant person, means the financial year of the corporation within the meaning of the Companies Act 1965.

Malay text (authoritative)

Orang yang berkaitan hendaklah menyerah simpan laporan juruaudit

(1) Orang yang berkaitan hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), menyerah simpan dengan Suruhanjaya, laporan juruaudit yang mengandungi maklumat tentang apa-apa perkara sebagaimana yang ditentukan. (2) Jika permohonan bagi pelanjutan tempoh tiga bulan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dibuat oleh orang yang berkaitan kepada Suruhanjaya dan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa terdapat sebab khas bagi menghendaki pelanjutan itu, Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh itu melalui suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi tiga bulan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Suruhanjaya. (3) Orang yang berkaitan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Bagi maksud subseksyen (1), “tahun kewangan”, berhubung dengan orang yang berkaitan, ertinya tahun kewangan perbadanan itu mengikut pengertian Akta Syarikat 1965.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next