My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 128

Capital Markets and Services Act 2007 s 128

s 128 Duties of auditor

(1) Where in the performance of his duties as auditor for a relevant person, an auditor becomes aware— (a) of any matter which in his opinion may constitute a breach of this Act or any securities laws; (b) of any irregularity that may have a material effect upon the accounts of the relevant person, including any irregularity that jeopardizes or may jeopardize the funds or property of the clients of the relevant person, where applicable; (c) that losses have been incurred by the relevant person who is the holder of a Capital Markets Services Licence which renders the relevant person to be unable to meet the minimum financial requirements as may be prescribed in the regulations made under this Act; (d) that the auditor is unable to confirm that the claims of clients or creditors of the relevant person are covered by the assets of the relevant person; (e) that an offence in connection with the business of the relevant person has been committed; or (f) in the case of a relevant person who is a holder of a Capital Markets Services Licence, that there has been a contravention of the rules of a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository, the auditor shall immediately report the matter to— (A) in the case of a participating organization, the stock exchange and the Commission; (B) in the case of a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts, the futures exchange and the Commission; or (C) in any other case, the Commission. (2) No auditor shall be liable to be sued in any court in respect of any statement made by the auditor in good faith in the discharge of his duties under this Subdivision. (3) The Commission may at any time require an auditor appointed under this Subdivision— (a) to submit such additional information in relation to his audit as the Commission may specify; (b) to enlarge or extend the scope of his audit of the business and affairs of the relevant person in such manner or to such extent as the Commission may specify; (c) to carry out any specific examination or establish any procedure in any particular case; (d) to submit a report on any of the matters referred to in paragraphs (a) to (c); or (e) to submit an interim report on any of the matters referred to in paragraphs (a) to (d), and the Commission may specify the time within which any of the aforesaid requirements shall be complied with by the auditor and may specify the remuneration which the relevant person shall pay to the auditor in respect thereof. (4) The auditor shall comply with any requirement of the Commission under subsection (3) and the relevant person shall remunerate the auditor in respect of the discharge by him of all or any of these additional duties. (5) The relevant person shall provide such information and access to such information as the auditor shall require in respect of the discharge by him of all or any of the additional duties under this Subdivision.

Malay text (authoritative)

Kewajipan juruaudit

(1) Jika, dalam melaksanakan kewajipannya sebagai juruaudit bagi orang yang berkaitan, seseorang juruaudit menyedari— (a) apa-apa perkara yang pada pendapatnya boleh menjadi pelanggaran Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti; (b) apa-apa ketidakteraturan yang boleh memberi kesan yang material ke atas akaun orang yang berkaitan itu, termasuk apa-apa ketidakteraturan yang membahayakan atau mungkin membahayakan kumpulan wang atau harta klien orang yang berkaitan itu, jika berkenaan; (c) bahawa kerugian ditanggung oleh orang yang berkaitan yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menyebabkan orang yang berkaitan itu tidak mampu memenuhi kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (d) bahawa juruaudit itu tidak dapat mengesahkan bahawa tuntutan klien atau pemiutang orang yang berkaitan itu diliputi oleh aset orang yang berkaitan itu; (e) bahawa suatu kesalahan berkaitan dengan urusan orang yang berkaitan telah dilakukan; atau (f) dalam hal orang yang berkaitan yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, bahawa berlaku pelanggaran kaedah-kaedah bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, juruaudit itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada— (A) dalam hal organisasi peserta, bursa saham dan Suruhanjaya; (B) dalam hal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan, bursa niaga hadapan dan Suruhanjaya; atau (C) dalam mana-mana hal lain, Suruhanjaya. (2) Tiada juruaudit boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh juruaudit itu dengan suci hati dalam menunaikan kewajipannya di bawah Subpenggal ini. (3) Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik di bawah Subpenggal ini— (a) mengemukakan apa-apa maklumat tambahan berhubung dengan pengauditannya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (b) memperbesar atau memperluaskan skop pengauditannya bagi urusan dan hal ehwal orang yang berkaitan mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (c) menjalankan apa-apa pemeriksaan tertentu atau menetapkan apa-apa prosedur dalam mana-mana hal tertentu; (d) mengemukakan suatu laporan tentang mana-mana perkara yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c); atau (e) mengemukakan suatu laporan interim tentang mana-mana perkara yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d), dan Suruhanjaya boleh menentukan masa yang dalamnya manamana kehendak yang disebut terdahulu hendaklah dipatuhi oleh juruaudit dan boleh menentukan saraan yang hendaklah dibayar oleh orang yang berkaitan itu kepada juruaudit itu berkenaan dengannya. (4) Juruaudit itu hendaklah mematuhi mana-mana kehendak Suruhanjaya di bawah subseksyen (3) dan orang yang berkaitan itu hendaklah memberi juruaudit itu saraan berkenaan dengan penunaian olehnya segala atau mana-mana kewajipan tambahan itu. (5) Orang yang berkaitan hendaklah menyediakan apa-apa maklumat dan akses kepada apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh juruaudit itu berkenaan dengan penunaian olehnya akan segala atau mana-mana kewajipan tambahan di bawah Subpenggal itu.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next