(1) A relevant stock exchange shall establish and keep proper accounts of the compensation fund and shall, before the thirty-first day of December in each year cause a balance sheet in respect of such accounts to be made out as at the preceding thirtieth day of June.
(2) The relevant stock exchange shall appoint an auditor to audit the accounts of the compensation fund.
(3) The auditor appointed by the relevant stock exchange shall regularly and fully audit the accounts of the compensation fund and shall audit each balance sheet and cause it to be laid before
the relevant stock exchange not later than one month after the balance sheet was made out.
Malay text (authoritative)
Akaun tabung pampasan
(1) Sesuatu bursa saham yang berkaitan hendaklah menubuhkan dan menyimpan akaun yang patut mengenai tabung pampasan dan hendaklah, sebelum tiga puluh satu hari bulan Disember dalam setiap tahun menyebabkan suatu kunci kira-kira berkenaan dengan akaun itu disediakan sebagaimana pada tiga puluh hari bulan Jun sebelumnya.
(2) Bursa saham yang berkaitan itu hendaklah melantik seorang juruaudit untuk mengaudit akaun tabung pampasan.
(3) Juruaudit yang dilantik oleh bursa saham yang berkaitan itu hendaklah dengan tetap dan sepenuhnya mengaudit akaun tabung pampasan itu dan hendaklah mengaudit tiap-tiap satu kunci kirakira dan mengarahkan supaya ia dibentangkan di bursa saham yang berkaitan itu tidak lewat daripada satu bulan selepas kunci kira-kira itu disediakan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).