My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 178

Capital Markets and Services Act 2007 s 178

s 178 Fraudulently inducing persons to deal in securities

(1) A person shall not— (a) by making or publishing any statement, promise or forecast that he knows to be misleading, false or deceptive; (b) by any dishonest concealment of material facts; (c) by the reckless making or publishing, dishonestly or otherwise, of any statement, promise or forecast that is misleading, false or deceptive; or (d) by recording or storing in, or by means of, any mechanical, electronic or other device, information that he knows to be false or misleading in a material particular, induce or attempt to induce another person to deal in securities. (2) In a prosecution for an offence under paragraph (1)(d), in relation to the recording or storing of information, it shall be a defence if the defendant establishes that when the information was recorded or stored, he had no reasonable grounds for expecting that the information would be available to any person.

Malay text (authoritative)

Mendorong orang untuk berniaga sekuriti secara fraud

(1) Seseorang tidak boleh— (a) dengan membuat atau menyiarkan apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang diketahuinya sebagai mengelirukan, palsu atau memperdaya; (b) dengan apa-apa penyembunyian fakta material secara curang; (c) dengan membuat atau menyiarkan secara melulu, sama ada dengan curang atau selainnya, apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdaya; atau (d) dengan merekodkan atau menyimpan di dalam, atau dengan cara, apa-apa peranti mekanikal, elektronik atau peranti lain, maklumat yang diketahuinya sebagai palsu atau mengelirukan mengenai butir-butir material, mendorong atau cuba untuk mendorong seorang lain berniaga sekuriti. (2) Dalam suatu pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(d), berhubung dengan perekodan atau penyimpanan maklumat, menjadi suatu pembelaan jika defendan membuktikan bahawa semasa maklumat itu direkodkan atau disimpan, dia tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menjangkakan bahawa maklumat itu boleh didapati oleh mana-mana orang.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next