My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 181

Capital Markets and Services Act 2007 s 181

s 181 Dissemination of information about illegal transactions

A person shall not circulate or disseminate, or authorize or be concerned in the circulation or dissemination of, any statement or information to the effect that the price of any securities of a corporation will or is likely to rise or fall or be maintained by reason of any transaction entered into or other act or thing done in relation to the securities of that body corporate, or of a corporation that is related to that corporation, in contravention of section 175, 176, 177, 178 or 179 if— (a) the person, or a person associated with the person, has entered into any such transaction or done any such act or thing; or (b) the person has received, or expects to receive directly or indirectly, any consideration or benefit for circulating or disseminating, or authorizing or being concerned in the circulation or dissemination, the statement or information.

Malay text (authoritative)

Penyebaran maklumat berkenaan dengan transaksi haram

Seseorang tidak boleh mengedarkan atau menyebarkan, atau membenarkan atau ada kaitan dengan pengedaran atau penyebaran, apaapa pernyataan atau maklumat yang bermaksud bahawa harga manamana sekuriti sesuatu perbadanan akan atau berkemungkinan naik atau turun atau dikekalkan oleh sebab apa-apa transaksi yang dibuat atau perbuatan atau perkara lain yang dilakukan berhubung dengan sekuriti pertubuhan perbadanan itu, atau suatu perbadanan yang berhubungan dengan perbadanan itu, berlanggaran dengan seksyen 175, 176, 177, 178 atau 179 jika— (a) orang itu, atau seseorang yang bersekutu dengan orang itu, telah membuat apa-apa transaksi atau melakukan apa-apa perbuatan atau perkara itu; atau (b) orang itu telah menerima, atau dijangka menerima secara langsung atau secara tidak langsung, apa-apa balasan atau faedah bagi pengedaran atau penyebaran, atau kebenaran atau ada kaitan dengan pengedaran atau penyebaran, pernyataan atau maklumat itu.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next