My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 188

Capital Markets and Services Act 2007 s 188

s 188 Prohibited conduct of person in possession of inside information

(1) A person is an “insider” if that person— (a) possesses information that is not generally available which on becoming generally available a reasonable person would expect it to have a material effect on the price or the value of securities; and (b) knows or ought reasonably to know that the information is not generally available. (2) An insider shall not, whether as principal or agent, in respect of any securities to which information in subsection (1) relates— (a) acquire or dispose of, or enter into an agreement for or with a view to the acquisition or disposal of such securities; or (b) procure, directly or indirectly, an acquisition or disposal of, or the entering into an agreement for or with a view to the acquisition or disposal of such securities. (3) Where trading in the securities to which the information in subsection (1) relates is permitted on a stock market of a stock exchange, the insider shall not, directly or indirectly, communicate the information referred to in subsection (1), or cause such information to be communicated, to another person, if the insider knows, or ought reasonably to know, that the other person would or would tend to— (a) acquire, dispose of, or enter into an agreement with a view to the acquisition or disposal of, any securities to which the information in subsection (1) relates; or (b) procure a third person to acquire, dispose of or enter into an agreement with a view to the acquisition or disposal of, any securities to which the information in subsection (1) relates. (4) A person who contravenes subsection (2) or (3) commits an offence and shall be punished on conviction to imprisonment for a term not exceeding ten years and to a fine of not less than one million ringgit. (5) The Minister may make regulations in respect of any particular class, category or description of persons or any particular class, category or description of transactions, relating to securities, to whom or which this section does not apply.

Malay text (authoritative)

Perlakuan yang dilarang orang yang memiliki maklumat dalaman

(1) Seseorang ialah “orang dalam” jika orang itu— (a) mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum yang apabila boleh didapati secara umum, seseorang yang munasabah akan menjangkakan maklumat itu mempunyai kesan material ke atas harga atau nilai sekuriti itu; dan (b) mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa maklumat itu tidak boleh didapati secara umum. (2) Orang dalam tidak boleh, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, berkenaan dengan mana-mana sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1)— (a) memperoleh atau melupuskan, atau membuat suatu perjanjian bagi atau dengan tujuan untuk memperoleh atau melupuskan sekuriti itu; atau (b) mengusahakan, secara langsung atau secara tidak langsung, suatu pemerolehan atau pelupusan, atau membuat perjanjian bagi atau dengan tujuan memperoleh atau melupuskan sekuriti itu. (3) Jika perdagangan sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1) dibenarkan di suatu pasaran saham sesuatu bursa saham, orang dalam itu tidak boleh, secara langsung atau secara tidak langsung, menyampaikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1), atau menyebabkan maklumat itu disampaikan, kepada seorang lain, sekiranya orang dalam itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui, bahawa orang lain itu akan atau akan berkecenderungan untuk— (a) memperoleh, melupuskan, atau membuat suatu perjanjian dengan tujuan memperoleh atau melupuskan manamana sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1); atau (b) mengusahakan supaya seorang orang ketiga memperoleh, melupuskan atau membuat suatu perjanjian dengan tujuan memperoleh atau melupuskan, mana-mana sekuriti yang dimaksudkan oleh maklumat dalam subseksyen (1). (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit. (5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan mana-mana kelas, golongan atau perihalan orang tertentu atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan transaksi tertentu, yang berhubungan dengan sekuriti yang baginya seksyen ini tidak terpakai.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next