My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 200

Capital Markets and Services Act 2007 s 200

s 200 Civil action by Commission

(1) Where it appears to the Commission that any person has contravened section 175, 176, 177, 178, 179 or 181, the Commission may institute civil proceedings in the court against that person, whether or not that person has been charged with an offence in respect of the contravention, or whether or not a contravention has been proved in a prosecution. (2) For a proceeding instituted by the Commission under subsection (1) against any person who has contravened section 175, 176, 177, 178, 179 or 181, the Commission may, if it considers that it is in the public interest to do so, by civil action against such person in contravention— (a) recover an amount which shall not exceed three times the gross amount of pecuniary gain made or loss avoided by such person; and (b) claim civil penalty in such amount as the court considers appropriate having regard to the severity or gravity of the contravention, being an amount not exceeding one million ringgit. (3) An amount recovered by the Commission in an action under subsection (2) shall be applied— (a) firstly, to reimburse the Commission for all costs of the investigation and proceedings in respect of the contravention; and (b) secondly, to compensate persons who have suffered loss or damage as a result of the contravention. (4) If the Commission considers that it is not practicable to compensate the persons referred to in paragraph (3)(b), in view of the amount of any potential distribution to each person or the difficulty of ascertaining or notifying the persons whom it is appropriate to compensate, as the case may be, the Commission may decide not to distribute to the persons referred to in paragraph (3)(b). (5) To the extent that any of the amount obtained in a civil proceeding under subsection (1) has not been distributed pursuant to paragraph (3)(b), it shall be— (a) paid to the compensation fund maintained under Part IV; or (b) retained by the Commission to defray the costs of regulating the capital market, as the Commission, with the approval of the Minister, may determine. (6) Civil proceedings under subsection (2) or 199(1) may be commenced at any time within twelve years from— (a) the date on which the cause of action accrued; or (b) the date on which the Commission or the person who instituted the proceedings, as the case may be, discovered the contravention, whichever is the later. (7) Any right of action that is conferred under this section shall not affect the right of action that is conferred on a person who has suffered loss or damage referred to in subsection 199(1) or under any other law.

Malay text (authoritative)

Tindakan sivil oleh Suruhanjaya

(1) Jika didapati oleh Suruhanjaya bahawa mana-mana orang telah melanggar seksyen 175, 176, 177, 178, 179 atau 181, Suruhanjaya boleh memulakan prosiding sivil dalam mahkamah terhadap orang itu, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan. (2) Bagi suatu prosiding yang dimulakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) terhadap mana-mana orang yang telah melanggar seksyen 175, 176, 177, 178, 179 atau 181, Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil terhadap orang yang melanggar itu— (a) mendapatkan suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun kasar ganjaran yang dibuat atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu; dan (b) menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun yang difikirkan patut oleh mahkamah setelah mengambil kira beratnya pelanggaran itu, iaitu suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit. (3) Sesuatu amaun yang didapatkan oleh Suruhanjaya dalam suatu tindakan di bawah subseksyen (2) hendaklah digunakan— (a) pertamanya, untuk membayar ganti kepada Suruhanjaya segala kos penyiasatan dan prosiding berkenaan dengan pelanggaran itu; dan (b) keduanya, untuk memampasi orang yang telah mengalami kehilangan atau kerugian akibat daripada pelanggaran itu. (4) Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah tidak praktik untuk memampasi orang yang disebut dalam perenggan (3)(b), memandangkan amaun apa-apa pengagihan yang bakal dibuat kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang layak dipampasinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, Suruhanjaya boleh memutuskan untuk tidak membuat pengagihan kepada orang yang disebut dalam perenggan (3)(b). (5) Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan dalam prosiding sivil di bawah subseksyen (1) tidak diagihkan menurut perenggan (3)(b), ia hendaklah— (a) dibayar ke dalam tabung pampasan yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau (b) dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri. (6) Prosiding sivil di bawah subseksyen (2) atau 199(1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa dua belas tahun dari— (a) tarikh kausa tindakan itu terakru; atau (b) tarikh Suruhanjaya atau orang yang memulakan prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendapat tahu tentang pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang terkemudian. (7) Apa-apa hak tindakan yang diberikan di bawah seksyen ini tidaklah menyentuh hak tindakan yang diberikan ke atas seseorang yang telah mengalami kehilangan atau kerugian yang disebut dalam subseksyen 199(1) atau di bawah mana-mana undangundang lain.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next