s 208 Prohibition of abuse of information obtained in official capacity
Any person who, in relation to trading in futures contracts, has any information which if generally known might reasonably be expected to affect materially the price of the subject matter of such trading and which—
(a) he holds by virtue of his official capacity or former official capacity;
(b) it would be reasonable to expect a person in his official capacity or former official capacity not to disclose except for the proper performance of the functions attached to that official capacity; and
(c) he knows is unpublished price-sensitive information in relation to an underlying instrument which is the subject of a futures contract or in relation to the trading in a futures contract,
shall not make improper use of such information to gain, directly or indirectly, an advantage for himself or for any other person.
Malay text (authoritative)
Larangan penyalahgunaan maklumat yang diperoleh atas sifat rasmi
Mana-mana orang yang, berhubung dengan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan, mempunyai apa-apa maklumat yang jika diketahui umum mungkin semunasabahnya dijangkakan akan menyentuh secara material harga hal perkara perdagangan itu dan yang—
(a) dipegangnya menurut kuasa sifat rasminya atau sifat rasminya yang dahulu;
(b) adalah munasabah untuk menjangkakan seseorang atas sifat rasminya atau sifat rasminya yang dahulu tidak mendedahkan melainkan bagi pelaksanaan sepatutnya fungsi yang berkait dengan sifat rasmi itu; dan
(c) diketahuinya adalah maklumat sensitif harga yang tidak disiarkan berhubung dengan suatu surat cara dasar yang menjadi subjek sesuatu kontrak niaga hadapan atau berhubung dengan perdagangan dalam sesuatu kontrak niaga hadapan,
tidak boleh membuat penggunaan tidak sepatutnya maklumat itu untuk memperoleh, secara langsung atau secara tidak langsung, manfaat bagi dirinya sendiri atau bagi mana-mana orang lain.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).