LawPlayer
My bookmarks
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 21

Capital Markets and Services Act 2007 s 21

Act no.
Act 671
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671], s 21

s 21 Duties of exchange holding company

(1) It shall be the duty of an exchange holding company to ensure— (a) insofar as may be reasonably practicable— (i) an orderly and fair market in relation to securities that are traded on the market through the facilities of the stock exchange of the exchange holding company or through the facilities of any of its subsidiaries that is duly approved as a stock exchange, as the case may be; (ii) an orderly and fair market for trading in futures contracts on the futures market through the facilities of the futures exchange of the exchange holding company or through the facilities of any of its subsidiaries that is duly approved as a futures exchange, as the case may be; (iii) that there are orderly dealings in securities deposited or lodged with a central depository through the facilities of a central depository of the exchange holding company or through the facilities of any of its subsidiaries that is duly approved as a central depository, as the case may be; (iv) that there are orderly, clear and efficient clearing and settlement arrangements for any transaction in securities cleared or settled through the facilities of a clearing house for a stock market of a stock exchange or through the facilities of any of the subsidiaries of an exchange holding company that is an approved clearing house, as the case may be; and (v) that there are orderly, clear and efficient clearing and settlement arrangements for any transaction in futures contracts cleared or settled through the facilities of a clearing house for a futures market of a futures exchange or through the facilities of any of its subsidiaries that is duly approved as a clearing house of a futures exchange, as the case may be; (b) the prudent risk management of its business and operations; and (c) that the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository, as the case may be, comply with any lawful requirements placed on it under any securities laws and any other laws applicable to it. (2) In performing its duty under subsection (1) the exchange holding company shall— (a) act in the public interest, having particular regard to the need for the protection of investors; and (b) ensure that where its own interest or any interest that it is required to serve under any law relating to corporations conflicts with the interest referred to in paragraph (a), the latter shall prevail. (3) An exchange holding company shall immediately notify the Commission if it becomes aware of— (a) any matter which adversely affects or is likely to adversely affect— (i) the ability of the exchange holding company to meet its obligations in respect of its business as an exchange holding company, a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository, as the case may be, including its ability to comply with any requirements as may be specified by the Commission, if applicable; or (ii) the ability of any subsidiary of the exchange holding company to meet its obligations in respect of its business as a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository, as the case may be, including the ability of any such subsidiary to comply with any requirement as may be specified by the Commission, if applicable; or (b) any irregularity, breach of any provision of the securities laws, the rules of a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository, or any other matter which, in the opinion of the exchange holding company, indicates or may indicate, that the financial standing or financial integrity of any of its subsidiaries or the chief executive or directors of such subsidiary, as the case may be, is in question or may reasonably be affected. (4) Where an exchange holding company, which itself has been approved as a stock exchange under section 8, undertakes any function of a subsidiary that is approved as a stock exchange under section 8, such exchange holding company shall enter into such arrangements with the Commission as the Commission may determine as to how the duties and obligations of the exchange holding company and such subsidiary, under the securities laws, are satisfied. (5) Where an exchange holding company, which itself has been approved as a central depository under section 5 of the Securities Industry (Central Depositories) Act 1991, undertakes any function of a subsidiary that is approved as a central depository under section 5 of the Act, such exchange holding company shall enter into such arrangements with the Commission as the Commission may determine as to how the duties and obligations of the exchange holding company and such subsidiary, under the securities laws, are satisfied. (6) Where an exchange holding company, which itself has been approved as a futures exchange under section 8, undertakes any function of a subsidiary that is approved as a futures exchange under section 8, such exchange holding company shall enter into such arrangements with the Commission as the Commission may determine as to how the duties and obligations of the exchange holding company and such subsidiary, under the securities laws, are satisfied. (7) Where an exchange holding company which itself has been approved as a clearing house of a stock exchange or a futures exchange under subsection 38(4), undertakes any function of a subsidiary that is approved as an approved clearing house under subsection 38(4), such exchange holding company shall enter into such arrangements with the Commission as the Commission may determine as to how the duties and obligations of the exchange holding company and such subsidiary, under the securities laws, are satisfied. (8) Where the duties and obligations of a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository, as the case may be, are discharged in accordance with the arrangements referred to in subsection (4), (5), (6) or (7), such duties and obligations shall be deemed to have been satisfied by both the exchange holding company and its subsidiary. (9) Where the rules of a subsidiary of an exchange holding company which is a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository provide for such subsidiary to take any action, the exchange holding company shall have the power to take such action on behalf of the relevant subsidiary. (10) Nothing in subsection (9) shall preclude a subsidiary of an exchange holding company which is a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository from itself taking any action against any person to whom its rules apply but such subsidiary shall not take any action under its rules in the event the exchange holding company takes such action pursuant to subsection (9).

Malay text (authoritative)

Kewajipan syarikat pemegangan bursa

(1) Hendaklah menjadi kewajipan syarikat pemegangan bursa untuk memastikan— (a) setakat yang semunasabahnya boleh dilaksanakan— (i) suatu pasaran yang teratur dan saksama berhubung dengan sekuriti yang diperdagangkan di pasaran melalui kemudahan bursa saham syarikat pemegangan bursa atau melalui kemudahan mana-mana anak syarikatnya yang telah diluluskan dengan sewajarnya sebagai suatu bursa saham, mengikut mana-mana yang berkenaan; (ii) suatu pasaran yang teratur dan saksama bagi dagangan kontrak niaga hadapan di pasaran niaga hadapan melalui kemudahan bursa niaga hadapan syarikat pemegangan bursa atau melalui kemudahan mana-mana anak syarikatnya yang telah diluluskan dengan sewajarnya sebagai suatu bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (iii) bahawa terdapat urusan sekuriti yang teratur untuk perniagaan sekuriti yang didepositkan atau diserah simpan di suatu depositori pusat melalui kemudahan depositori pusat syarikat pemegangan bursa atau melalui kemudahan mana-mana anak syarikatnya yang telah diluluskan dengan sewajarnya sebagai suatu depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan; (iv) bahawa terdapat perkiraan penjelasan dan penyelesaian yang teratur, jelas dan cekap bagi apa-apa transaksi sekuriti yang dijelaskan atau diselesaikan melalui kemudahan pusat penjelasan bagi pasaran saham suatu bursa saham atau melalui kemudahan manamana anak syarikat suatu syarikat pemegangan bursa yang merupakan pusat penjelasan diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (v) bahawa terdapat perkiraan penjelasan dan penyelesaian yang teratur, jelas dan cekap bagi apa-apa transaksi kontrak niaga hadapan yang dijelaskan atau diselesaikan melalui kemudahan suatu pusat penjelasan bagi suatu pasaran niaga hadapan suatu bursa niaga hadapan atau melalui kemudahan mana-mana anak syarikatnya yang diluluskan dengan sewajarnya sebagai suatu pusat penjelasan suatu bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) pengurusan risiko yang berhemat dalam urusan dan pengendaliannya; dan (c) bahawa bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, mematuhi mana-mana kehendak yang sah yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang sekuriti dan mana-mana undang-undang lain yang terpakai baginya. (2) Dalam menjalankan kewajipannya di bawah subseksyen (1) syarikat pemegangan bursa hendaklah— (a) bertindak demi kepentingan awam, dengan mengambil kira khususnya keperluan untuk melindungi pelabur; dan (b) memastikan bahawa jika kepentingannya sendiri atau apaapa kepentingan yang dikehendaki supaya dilaksanakan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perbadanan bercanggah dengan kepentingan yang disebut dalam perenggan (a), kepentingan yang kemudian hendaklah mengatasi. (3) Syarikat pemegangan bursa hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya jika syarikat pemegangan bursa itu mendapat tahu tentang— (a) apa-apa perkara yang menjejaskan atau yang berkemungkinan menjejaskan— (i) kemampuan syarikat pemegangan bursa itu untuk menunaikan obligasinya berkenaan dengan urusannya sebagai suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk kemampuannya untuk mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, jika berkenaan; atau (ii) kemampuan mana-mana anak syarikat syarikat pemegangan bursa itu untuk menunaikan obligasinya berkenaan dengan urusannya sebagai bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk kemampuan mana-mana anak syarikat itu untuk mematuhi apa-apa kehendak yang ditentukan oleh Suruhanjaya, jika berkenaan; (b) apa-apa ketidakteraturan, pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti, kaedah-kaedah suatu bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, atau apa-apa perkara lain yang, pada pendapat syarikat pemegangan bursa itu, menunjukkan atau mungkin menunjukkan, bahawa kedudukan kewangan atau keutuhan kewangan mana-mana anak syarikatnya atau ketua eksekutif atau pengarah anak syarikat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dipersoalkan atau boleh semunasabahnya terjejas. (4) Jika suatu syarikat pemegangan bursa, yang ia sendiri telah diluluskan sebagai suatu bursa saham di bawah seksyen 8, menjalankan apa-apa fungsi suatu anak syarikat yang telah diluluskan sebagai suatu bursa saham di bawah seksyen 8, syarikat pemegangan bursa itu hendaklah membuat apa-apa perkiraan dengan Suruhanjaya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk menentukan bagaimana kewajipan dan obligasi syarikat pemegangan bursa dan anak syarikat itu, di bawah undang-undang sekuriti, boleh ditunaikan. (5) Jika suatu syarikat pemegangan bursa, yang ia sendiri telah diluluskan sebagai suatu depositori pusat di bawah seksyen 5 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, menjalankan apa-apa fungsi suatu anak syarikat yang diluluskan sebagai suatu depositori pusat di bawah seksyen 5 Akta itu, syarikat pemegangan bursa itu hendaklah membuat apa-apa perkiraan dengan Suruhanjaya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk menentukan bagaimana kewajipan dan obligasi syarikat pemegangan bursa dan anak syarikat itu, di bawah undang-undang sekuriti, boleh ditunaikan. (6) Jika suatu syarikat pemegangan bursa, yang ia sendiri telah diluluskan sebagai bursa niaga hadapan di bawah seksyen 8, menjalankan apa-apa fungsi anak syarikat yang diluluskan sebagai suatu bursa niaga hadapan di bawah seksyen 8, syarikat pemegangan bursa itu hendaklah membuat apa-apa perkiraan dengan Suruhanjaya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk menentukan bagaimana kewajipan dan obligasi syarikat pemegangan bursa dan anak syarikat itu, di bawah undang-undang sekuriti, boleh ditunaikan. (7) Jika suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri telah diluluskan sebagai suatu pusat penjelasan suatu bursa saham atau bursa niaga hadapan di bawah subseksyen 38(4), menjalankan apa-apa fungsi suatu anak syarikat yang diluluskan sebagai suatu pusat penjelasan diluluskan di bawah subseksyen 38(4), syarikat pemegangan bursa itu hendaklah membuat apa-apa perkiraan dengan Suruhanjaya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk menentukan bagaimana kewajipan dan obligasi syarikat pemegangan bursa dan anak syarikat itu, di bawah undang-undang sekuriti, boleh ditunaikan. (8) Jika kewajipan dan obligasi suatu bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilaksanakan mengikut perkiraan yang disebut dalam subseksyen (4), (5), (6) atau (7), kewajipan dan obligasi itu hendaklah disifatkan telah ditunaikan oleh kedua-dua syarikat pemegangan bursa dan anak syarikatnya. (9) Jika kaedah-kaedah suatu anak syarikat suatu syarikat pemegangan bursa yang merupakan suatu bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat mengadakan peruntukan bagi anak syarikat itu untuk mengambil apa-apa tindakan, syarikat pemegangan bursa itu hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan itu bagi pihak anak syarikat yang berkaitan. (10) Tiada apa-apa dalam subseksyen (9) boleh menghalang suatu anak syarikat suatu syarikat pemegangan bursa yang merupakan suatu bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat daripada mengambil tindakannya sendiri terhadap mana-mana orang yang baginya kaedah-kaedahnya terpakai tetapi anak syarikat itu tidak boleh mengambil apaapa tindakan di bawah kaedah-kaedahnya dalam keadaan jika syarikat pemegangan bursa itu mengambil tindakan menurut subseksyen (9).

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Capital Markets and Services Act 2007, s 21 is headed “Duties of exchange holding company” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Capital Markets and Services Act 2007, s 21 begins “(1) It shall be the duty of an exchange holding company to ensure: (a) insofar as may be reasonably practicable: (i) an orderly and fair…”.
Location
Capital Markets and Services Act 2007, s 21 is placed under “Part II: Securities and futures markets › Division 2: Market institutions”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Capital Markets and Services Act 2007, s 21 is s 20.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Capital Markets and Services Act 2007, s 21 is s 22.
Synced
LawPlayer last synced the text of Capital Markets and Services Act 2007 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Capital Markets and Services Act 2007, s 21 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next