My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 20

Capital Markets and Services Act 2007 s 20

s 20 Listing of exchange holding company on stock exchange

(1) Where the approval of the Commission under section 212 has been granted for the securities of an exchange holding company to be listed on a relevant stock exchange, the exchange holding company shall enter into such arrangements as the Commission may require— (a) for dealing with possible conflicts of interest that may arise from the listing on the relevant stock exchange; (b) for the purpose of ensuring the integrity of trading of the securities of the exchange holding company; and (c) for the compliance with obligations as a listed corporation if the exchange holding company was to become a listed corporation, and the exchange holding company shall comply with such requirements. (2) The listing requirements of the relevant stock exchange shall be deemed to allow the Commission, instead of the relevant stock exchange, to make decisions and to take action, or to allow the Commission to require the relevant stock exchange to make decisions and to take action on the Commission’s behalf on— (a) the admission to or removal of the exchange holding company from the official list of the relevant stock exchange; (b) the stopping or suspension of the securities of the exchange holding company from being listed on the relevant stock exchange; and (c) such other matters as the Commission thinks fit for the purpose of subsection (1). (3) An arrangement under subsection (1) may provide for the exchange holding company to pay such fees to the Commission as the Commission may determine for services provided by the Commission under the arrangement, or otherwise provided under or for the purposes of this section. (4) Without prejudice to the provisions of section 9, the Commission may, by notice in writing— (a) modify the listing requirements of the relevant stock exchange for the purpose of applying to the listing for quotation or trading of the securities of the exchange holding company; and (b) exempt the exchange holding company from any listing requirement of the relevant stock exchange. (5) For the purposes of this section, the “relevant stock exchange” means the stock exchange of the exchange holding company.

Malay text (authoritative)

Penyenaraian syarikat pemegangan bursa di bursa saham

(1) Jika kelulusan Suruhanjaya di bawah seksyen 212 telah diberikan bagi sekuriti suatu syarikat pemegangan bursa untuk disenaraikan di bursa saham yang berkaitan, syarikat pemegangan bursa itu hendaklah membuat apa-apa perkiraan sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya— (a) untuk menguruskan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan yang timbul daripada penyenaraian di bursa saham yang berkaitan; (b) bagi maksud memastikan integriti dagangan sekuriti syarikat pemegangan bursa itu; dan (c) bagi memenuhi obligasi sebagai suatu syarikat tersenarai jika syarikat pemegangan bursa itu menjadi suatu perbadanan tersenarai, dan syarikat pemegangan bursa itu hendaklah mematuhi kehendak itu. (2) Kehendak penyenaraian bursa saham yang berkaitan hendaklah disifatkan membenarkan Suruhanjaya, bukannya bursa saham yang berkaitan itu, untuk membuat keputusan dan untuk mengambil tindakan, atau membenarkan Suruhanjaya untuk menghendaki bursa saham yang berkaitan itu untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan bagi pihak Suruhanjaya tentang— (a) penerimaan atau penyingkiran syarikat pemegangan bursa itu daripada senarai rasmi bursa saham yang berkaitan; (b) pemberhentian atau penggantungan sekuriti syarikat pemegangan bursa itu daripada disenaraikan di bursa saham yang berkaitan itu; dan (c) apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya bagi maksud subseksyen (1). (3) Suatu perkiraan di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa syarikat pemegangan bursa hendaklah membayar apa-apa fi kepada Suruhanjaya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Suruhanjaya di bawah perkiraan itu, atau yang selainnya diperuntukkan di bawah atau bagi maksud seksyen ini. (4) Tanpa menjejaskan peruntukan seksyen 9, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis— (a) mengubah suai kehendak penyenaraian bursa saham yang berkaitan itu bagi maksud memohon penyenaraian bagi sebut harga atau dagangan sekuriti syarikat pemegangan bursa itu; dan (b) mengecualikan syarikat pemegangan bursa itu daripada apaapa kehendak penyenaraian bursa saham yang berkaitan itu. (5) Bagi maksud seksyen ini, “bursa saham yang berkaitan” ertinya bursa saham syarikat pemegangan bursa.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next