My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 212

Capital Markets and Services Act 2007 s 212

s 212 Proposals to be submitted to Commission

(1) In this Division and Schedule 5, unless the context otherwise requires— “an applicant” means any person referred to in subsection (2); “expert” includes engineer, valuer, accountant and any other person whose profession gives authority to a statement made by him; “officer”, in relation to a corporation, includes— (a) a director, a secretary, an executive officer or an employee of the corporation; (b) a receiver and manager, appointed under a power contained in any instrument, of any part of the undertaking or property of the corporation; and (c) a liquidator of the corporation appointed in a voluntary winding up of the corporation, but does not include a receiver who is not also a manager, a receiver and manager appointed by a court and a liquidator appointed by a court; “private company” and “public company” have the meanings assigned to them in subsection 4(1) of the Companies Act 1965; “proposal” means a proposal referred to in subsection (2). (2) This section applies to a person who proposes to do any of the following: (a) make available, offer for subscription or purchase, or issue an invitation to subscribe for or purchase securities in Malaysia; (b) make available, offer for subscription or purchase, or issue an invitation to subscribe for or purchase, outside Malaysia, securities of a public company, or to list such securities on a securities exchange outside Malaysia; (c) by way of issue of securities, effect— (i) a compromise or arrangement whether or not for the purposes of or in connection with a scheme, compromise or arrangement for the amalgamation of any two or more corporations or for reconstruction of any corporation; or (ii) an acquisition of securities or assets; (d) apply for the listing of a corporation, or for the quotation of securities, on a stock market of a stock exchange; (e) distribute the assets of a public company or a listed corporation to its members other than distribution in cash or distribution of assets to members of the public company or listed corporation on its winding up; or (f) acquire or dispose assets (whether or not by way of issue of securities) which results in a significant change in the business direction or policy of a listed corporation. (3) An applicant shall submit to the Commission such documents and such other information in relation to the proposal in such form and manner and at such times as the Commission may require. (4) Subject to section 213, no person referred to in subsection (2) shall implement or carry out a proposal unless the Commission has approved the proposal under this section. (5) The Commission may— (a) approve a proposal subject to such terms and conditions as it thinks fit; (b) approve a proposal with such revisions and subject to such terms and conditions as it thinks fit; or (c) reject a proposal. (6) A person who contravenes any term or condition in relation to an approval given under paragraph (5)(a) or (b) commits an offence. (7) Where the Commission is satisfied that— (a) there is a contravention of subsection 214(1); (b) there is a breach of any term or condition imposed under paragraph (5)(a) or (b); or (c) there is any change or development in the circumstances relating to a proposal occurring subsequent to the Commission giving its approval under subsection (5), and if such change or development, if known to the Commission prior to the approval, would have affected its decision as regards the proposal, the Commission may— (A) revoke an approval given under subsection (5); (B) revise an approval; or (C) impose such further terms or conditions in relation to a proposal approved by it under subsection (5): Provided that the Commission may only revoke or revise such approval or impose such further terms and conditions where such revocation, revision or imposition shall not affect the rights of third parties that may have been created by or arising from the carrying out or implementation of a proposal in accordance with an approval given under subsection (5). (8) The Commission shall give a written notice to an applicant of its intention to take action under subsection (7) and shall give the applicant an opportunity to be heard prior to it taking any action under subsection (7). (9) Where the Commission has granted its approval to a proposal under subsection (5)— (a) if registration of a prospectus is required under this Act in connection with the proposal, the prospectus shall include a statement that the Commission has approved the proposal pursuant to this section and that the Commission’s approval of the proposal shall not be taken to indicate that the Commission recommends the proposal; or (b) if registration of a prospectus is not required under this Act in connection with the proposal, the applicant shall include in any document issued with respect to the proposal, in such form as the Commission may require, a statement that the Commission has approved the proposal pursuant to this section and that the Commission’s approval of the proposal shall not be taken to indicate that the Commission recommends the proposal. (10) Where— (a) a person enters into an agreement in respect of a proposal; and (b) the terms of the agreement are not binding until the fulfilment of any condition as may be set out in the agreement, including that of the approval to be given under subsection (5), the person shall not be taken, for the purposes of subsection (4), to have taken any step to implement or carry out the proposal. (11) In respect of any proposal referred to in subsection (2)— (a) the Commission may direct an applicant to make an announcement of a proposal in accordance with the rules of the stock exchange, if applicable; and (b) any person may make an announcement of a proposal before submitting such proposal to the Commission for its approval under this section. (12) For the purpose of subsection (11), an “announcement” includes any publication by press notice or in any other form of a firm intention to make an offer for any securities. (13) A person who contravenes subsection (3), (4), (9) or (11) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Cadangan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya

(1) Dalam Penggal ini dan Jadual 5, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “cadangan” ertinya cadangan yang disebut dalam subseksyen (2); “pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan dan manamana orang lain yang profesionnya memberi kewibawaan kepada pernyataan yang dibuat olehnya; “pegawai”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, termasuklah— (a) seorang pengarah, setiausaha, pegawai eksekutif atau pekerja perbadanan itu; (b) seorang penerima dan pengurus, yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara, bagi mana-mana bahagian pengusahaan atau harta perbadanan itu; dan (c) seorang pelikuidasi bagi perbadanan itu yang dilantik dalam penggulungan sukarela perbadanan itu, tetapi tidak termasuk seseorang penerima yang bukannya seorang pengurus, penerima dan pengurus yang dilantik oleh mahkamah dan seorang pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah; “pemohon” ertinya mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2); “syarikat persendirian” dan “syarikat awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965. (2) Seksyen ini terpakai bagi seseorang yang bercadang hendak melakukan mana-mana yang berikut: (a) menjadikan tersedia, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau mengeluarkan pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti di Malaysia; (b) menjadikan tersedia, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau mengeluarkan pelawaan untuk melanggan atau membeli, di luar Malaysia, sekuriti sesuatu syarikat awam, atau menyenaraikan sekuriti itu di suatu bursa sekuriti di luar Malaysia; (c) dengan cara terbitan sekuriti, melaksanakan— (i) suatu kompromi atau perkiraan sama ada atau tidak bagi maksud atau berkaitan dengan suatu skim, kompromi atau perkiraan bagi penyatuan mana-mana dua perbadanan atau lebih atau bagi penyusunan semula mana-mana perbadanan; atau (ii) suatu pemerolehan sekuriti atau aset; (d) memohon bagi penyenaraian sesuatu perbadanan, atau bagi sebut harga sekuriti, di pasaran saham sesuatu bursa saham; (e) membahagikan aset sesuatu syarikat awam atau perbadanan yang disenaraikan kepada anggotanya selain pengagihan wang tunai atau pengagihan aset kepada anggota syarikat awam atau perbadanan tersenarai semasa penggulungannya; atau (f) memperoleh atau melupuskan aset (sama ada atau tidak dengan cara terbitan sekuriti) yang mengakibatkan suatu perubahan yang signifikan dalam haluan perniagaan atau dasar sesuatu perbadanan tersenarai. (3) Seseorang pemohon hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen dan apa-apa maklumat lain berhubung dengan cadangan itu mengikut apa-apa bentuk dan cara dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. (4) Tertakluk kepada seksyen 213, tiada seorang pun yang disebut dalam subseksyen (2) boleh melaksanakan atau menjalankan sesuatu cadangan melainkan jika Suruhanjaya telah meluluskan cadangan itu di bawah seksyen ini. (5) Suruhanjaya boleh— (a) meluluskan sesuatu cadangan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut; (b) meluluskan sesuatu cadangan dengan apa-apa perubahan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut; atau (c) menolak sesuatu cadangan. (6) Seseorang yang melanggar apa-apa terma atau syarat berhubung dengan suatu kelulusan yang diberikan di bawah perenggan (5)(a) atau (b) melakukan suatu kesalahan. (7) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa— (a) terdapat pelanggaran terhadap subseksyen 214(1); (b) terdapat kemungkiran apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (5)(a) atau (b); atau (c) terdapat apa-apa perubahan atau perkembangan dalam hal keadaan yang berhubungan dengan suatu cadangan yang berlaku selepas Suruhanjaya memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (5), dan jika perubahan atau perkembangan itu, jika diketahui oleh Suruhanjaya sebelum kelulusan itu, akan menyentuh keputusannya mengenai cadangan itu, Suruhanjaya boleh— (a) membatalkan kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (5); (b) menyemak semula kelulusan itu; atau (c) mengenakan apa-apa terma atau syarat selanjutnya berhubung dengan cadangan yang diluluskannya di bawah subseksyen (5): Dengan syarat bahawa Suruhanjaya hanya boleh membatalkan atau menyemak semula kelulusan itu atau mengenakan apa-apa terma dan syarat selanjutnya jika pembatalan, penyemakan semula atau pengenaan itu tidak akan menyentuh hak pihak ketiga yang mungkin diwujudkan oleh atau yang berbangkit daripada penjalanan atau pelaksanaan sesuatu cadangan mengikut kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (5). (8) Suruhanjaya hendaklah memberikan notis bertulis kepada pemohon mengenai niatnya hendak mengambil tindakan di bawah subseksyen (7) dan hendaklah memberi pemohon peluang untuk didengar sebelum mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (7). (9) Jika Suruhanjaya telah memberikan kelulusannya terhadap suatu cadangan di bawah subseksyen (5)— (a) jika pendaftaran prospektus dikehendaki di bawah Akta ini berkaitan dengan cadangan itu, prospektus itu hendaklah termasuk suatu pernyataan bahawa Suruhanjaya telah meluluskan cadangan itu menurut seksyen ini dan bahawa kelulusan Suruhanjaya mengenai cadangan itu tidak boleh diambil dikira sebagai menunjukkan bahawa Suruhanjaya mengesyorkan cadangan itu; atau (b) jika pendaftaran prospektus tidak dikehendaki di bawah Akta ini berkaitan dengan cadangan itu, pemohon hendaklah memasukkan ke dalam mana-mana dokumen yang dikeluarkan mengenai cadangan itu, mengikut apa-apa bentuk yang dikehendaki oleh Suruhanjaya, suatu pernyataan bahawa Suruhanjaya telah meluluskan cadangan itu menurut seksyen ini dan bahawa kelulusan Suruhanjaya mengenai cadangan itu tidak boleh diambil kira sebagai menunjukkan bahawa Suruhanjaya mengesyorkan cadangan itu. (10) Jika— (a) seseorang membuat sesuatu perjanjian berkenaan dengan suatu cadangan; dan (b) terma perjanjian itu tidak mengikat sehingga apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perjanjian itu dipenuhi, termasuk kelulusan yang hendak diberikan di bawah subseksyen (5), orang itu tidak boleh dikira, bagi maksud subseksyen (4), sebagai telah mengambil apa-apa langkah untuk melaksanakan atau menjalankan cadangan itu. (11) Berkenaan dengan mana-mana cadangan yang disebut dalam subseksyen (2)— (a) Suruhanjaya boleh mengarahkan pemohon untuk membuat suatu pengumuman mengenai suatu cadangan mengikut kaedah-kaedah bursa saham, jika berkenaan; dan (b) mana-mana orang boleh membuat suatu pengumuman mengenai suatu cadangan sebelum mengemukakan cadangan itu kepada Suruhanjaya untuk kelulusannya di bawah seksyen ini. (12) Bagi maksud subseksyen (11), suatu “pengumuman” termasuklah apa-apa penyiaran melalui notis dalam akhbar atau mengikut apa-apa bentuk lain tentang suatu niat yang mantap untuk membuat tawaran bagi apa-apa sekuriti. (13) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4), (9) atau (11) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next