s 211 Civil action by Commission
(1) Where it appears to the Commission that any person has contravened section 202, 203, 204, 205, 206, 207 or 208, the Commission may institute civil proceedings in the court against that person, whether or not such person has been charged with an offence in respect of the contravention or, whether or not a contravention has been proved in a prosecution, the Commission may, if it considers that it is in the public interest to do so, by civil action against such person in contravention—
(a) recover an amount which shall not exceed three times the gross amount of pecuniary gain made or loss avoided by such person; and
(b) claim civil penalty in such amount as the court considers appropriate having regard to the seriousness of the contravention, being an amount not more than one million ringgit.
(2) An amount recovered by the Commission in an action pursuant to this section shall be applied—
(a) firstly, to reimburse the Commission for all costs of the investigations and proceedings in respect of the contravention; and
(b) secondly, to compensate persons who have suffered loss or damage as a result of the contravention.
(3) If the Commission considers that it is not practicable to compensate the persons referred to in paragraph (2)(b), in view of the amount of any potential distribution to each person or the difficulty of ascertaining or notifying the persons whom it is appropriate to compensate, as the case may be, the Commission may decide not to distribute to the persons referred to in paragraph (2)(b).
(4) To the extent that any of the amount obtained in a civil action under subsection (1) has not been distributed pursuant to paragraph (2)(b), it shall be—
(a) paid to the fidelity fund maintained under Division 2 of Part IV; or
(b) retained by the Commission to defray the costs of regulating the capital market, as the Commission, with the approval of the Minister, may determine.
(5) Civil proceedings under subsection (1) or 210(1) may be commenced at any time within twelve years from—
(a) the date on which the cause of action accrued; or
(b) the date on which the Commission or the plaintiff, who instituted the proceedings, as the case may be, discovered the contravention,
whichever is the later.
(6) Any right of action that is conferred under this section shall not affect the right of action that is conferred on a person who has suffered loss or damage referred to in subsection 210(1) or under any other law.
Malay text (authoritative)
Tindakan sivil oleh Suruhanjaya
(1) Jika didapati oleh Suruhanjaya bahawa mana-mana orang telah melanggar seksyen 202, 203, 204, 205, 206, 207 atau 208, Suruhanjaya boleh memulakan prosiding sivil dalam mahkamah terhadap orang itu, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan, Suruhanjaya boleh, jika didapatinya adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil terhadap orang yang melakukan pelanggaran itu—
(a) mendapatkan suatu amaun yang tidak boleh lebih daripada tiga kali ganda amaun kasar ganjaran yang dibuat atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu; dan
(b) menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang didapati patut oleh mahkamah setelah mengambil kira beratnya pelanggaran itu, yang merupakan suatu amaun yang tidak lebih daripada satu juta ringgit.
(2) Amaun yang didapatkan oleh Suruhanjaya dalam suatu tindakan menurut seksyen ini hendaklah digunakan—
(a) pertamanya, untuk membayar ganti kepada Suruhanjaya segala kos penyiasatan dan prosiding berkenaan dengan pelanggaran itu; dan
(b) keduanya, untuk memampasi orang yang telah mengalami kehilangan atau kerugian akibat daripada pelanggaran itu.
(3) Jika didapati oleh Suruhanjaya bahawa adalah tidak praktik untuk memampasi orang yang disebut dalam perenggan (2)(b) memandangkan amaun pengagihan yang bakal dibuat kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang layak dipampasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, Suruhanjaya boleh memutuskan untuk tidak membuat pengagihan kepada orang yang disebut dalam perenggan (2)(b).
(4) Setakat yang mana-mana amaun yang didapatkan dalam tindakan sivil di bawah subseksyen (1) tidak diagihkan menurut perenggan (2)(b), amaun itu hendaklah—
(a) dibayar ke dalam tabung kesetiaan yang disenggarakan di bawah Penggal 2 Bahagian IV; atau
(b) dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.
(5) Prosiding sivil di bawah subseksyen (1) atau 210(1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa dua belas tahun dari—
(a) tarikh kausa tindakan itu terakru; atau
(b) tarikh Suruhanjaya atau plaintif yang memulakan prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendapat tahu tentang pelanggaran itu,
mengikut mana-mana yang terkemudian.
(6) Apa-apa hak tindakan yang diberikan di bawah seksyen ini tidak menyentuh hak tindakan yang diberikan ke atas seseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian yang disebut dalam subseksyen 210(1) atau di bawah mana-mana undang-undang lain.