s 252 Reliance on statement and information in respect of misleading or deceptive act
A person is not liable under section 249 in respect of an act that is misleading or deceptive or is likely to mislead or deceive if the person (hereinafter referred to as the “first-mentioned person”) proves that the act consists of a representation made in reliance on—
(a) a statement made by a person referred to in subsection 244(1) (hereinafter referred to as the “second-mentioned person”); or
(b) a report or valuation of the second-mentioned person,
and it is proved by the first-mentioned person that—
(A) the representation accurately reflects the statement made by the second-mentioned person or is contained in the report or valuation of the second-mentioned person, as the case may be; and
(B) after making such enquiries as were reasonable in the circumstances, the first-mentioned person had reasonable grounds to believe, and did believe until the time of the allotment of, issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, the securities, that the second-mentioned person in making the statement, report or valuation, as the case may be—
(i) was competent to make it;
(ii) had given the consent required by subsection 244(1); and
(iii) had not withdrawn that consent.
Malay text (authoritative)
Pergantungan kepada pernyataan dan maklumat berkenaan dengan tindakan yang mengelirukan atau memperdayakan
Seseorang tidak bertanggungan di bawah seksyen 249 berkenaan dengan suatu perbuatan yang mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan jika orang itu (selepas ini disebut sebagai “orang yang pertama disebut”) membuktikan bahawa perbuatan itu terdiri daripada suatu representasi yang dibuat atas pergantungan pada—
(a) suatu pernyataan yang dibuat oleh orang yang disebut dalam subseksyen 244(1) (selepas ini disebut sebagai “orang yang kedua disebut”); atau
(b) suatu laporan atau penilaian orang yang kedua disebut,
dan dibuktikan oleh orang yang pertama disebut itu bahawa—
(a) representasi itu menggambarkan dengan tepat pernyataan yang dibuat oleh orang yang kedua disebut atau terkandung dalam laporan atau penilaian orang yang kedua disebut, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b) selepas membuat apa-apa siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, orang yang pertama disebut mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa penguntukan, penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti itu, bahawa
orang yang kedua disebut dalam membuat pernyataan, laporan atau penilaian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(i) berwibawa untuk membuatnya;
(ii) telah memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh subseksyen 244(1); dan
(iii) telah tidak menarik balik persetujuan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).